LAMA tidak muncul dengan drama baharu selepas berkahwin, pelakon Nina Iskandar memberitahu dia belum berhenti daripada bidang lakonan. Nina menjelaskan dia terkandas di negara kelahirannya Brunei selepas bersalin anak pertama pada Disember lalu akibat penularan Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Bagi makan pun kena tegur... Nina Iskandar rimas netizen masuk campur cara besarkan Rizqin - “Dia anak saya, awak jaga awak punya okay” “Ramai yang tanya saya dah bersara ke dari dunia seni? Saya belum bersara tapi sebab saya balik Brunei untuk melahirkan anak saya pada Disember lalu. “Saya rancang untuk kembali ke Malaysia dan mula berlakon semula lepas habis pantang tapi Covid-19 pula berlaku” ujarnya. Nina bimbang keselamatan anaknya yang masih bayi. Dalam pada itu, Nina berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat dulu di Brunei sehingga keadaan pendamik di Malaysia dan dunia stabil. Kata Nina, ia berikutan anaknya masih bayi dan risiko jangkitan yang agak tinggi terutamanya jika dia kembali bekerja dan bertemu orang ramai. “Keadaan dekat sini (Brunei) sudah okey, cuma kalau nak balik ke Malaysia banyak prosedur yang perlu diikuti. “Lagi pula takut nak balik Malaysia sebab saya ada baby, jadi saya ambil langkah berjaga-jaga dan tunggu sampai keadaan stabil, ” ujarnya. Nina Iskandar mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!