PERKONGSIAN foto pelakon Keith Foo yang memperlihatkan bentuk badannya semakin kurus menimbulkan tanggapan ia berpunca daripada perasaan kecewa selepas bercerai dengan model Kim Raymond. Keith 37, menafikan perkara itu dan menjelaskan perubahan itu kerana dia mengamalkan produk makanan kesihatan sejak enam bulan lalu bagi menurunkan berat badan. ARTIKEL BERKAITAN: Keith Foo sahkan sudah bercerai Disember lalu - “Perkahwinan tidak boleh dipaksa” Selain mengambil makanan sampingan tersebut, Keith juga kerap meluangkan masa dengan bersenam di pusat kecergasan dan melakukan aktiviti bersukan seperti berjoging serta memanjat gunung. Keith sudah bercerai dengan bekas isteri pada Disember tahun lalu. "Benar macam-macam andaian mula kedengaran apabila saya berjaya menurunkan berat badan. Kalau yang mengikuti saya di Instagram sebelum berpisah lagi saya dalam misi menguruskan badan. "Tak dinafikan saya ada mengambil produk makanan kesihatan sejak enam bulan lalu dan ia membantu saya membakar lemak dengan lebih cepat lagi. "Boleh dikatakan produk itu menjadi cinta baru saya saat ini. Saya belum terfikir nak cari pengganti lain. Tak lengkap hari saya tanpa bersenam di gim, berjoging dan memanjat gunung," kata Keith kepada mStar. Penampilan Keith yang kelihatan semakin kurus menerusi perkongsian fotonya di laman Instagram menarik perhatian netizen yang membuat andaian ia disebabkan menjalani kehidupan sebagai seorang duda. Ujian berlaku membuka hikmah besar buat kita semua. KEITH FOO PELAKON Menerusi laporan mStar pada 24 Ogos lalu, Keith mengesahkan dia dan bekas isterinya yang juga seorang model sudah bercerai secara rasmi pada Disember tahun lalu. Menurut Keith, biarpun mereka sudah berpisah namun dia masih menjaga hubungan baik dengan Kim demi kebaikan anak perempuan mereka iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun. Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini memberitahu dia menganggap tahun 2020 memberi peluang yang terbaik untuk kembali aktif dalam dunia lakonan namun negara diduga dengan wabak Covid-19. Keith dan bekas isteri masih jalinkan hubungan baik demi anak mereka. "Selain anak mula membesar, saya juga menganggap angka 2020 sebagai detik terbaik meluncur kembali bakat. Cuma tanpa diduga kita diuji pula dengan pandemik Covid 19. "Namun semuanya sudah tertulis. Ujian berlaku membuka hikmah besar buat kita semua. Apa terjadi juga, saya tak ralat memulakan semula dari bawah. "Suatu ketika dahulu sayalah hero tapi kini saya okey saja bertatih. Tawaran berlakon yang masuk saya ambil dulu. Saya tak memilih kerana mahu mengembalikan kepercayaan penerbit dan stesen TV. "Ikutkan ada banyak tawaran yang datang cuma bila pandemik, banyak benda berubah termasuk tarikh penggambaran," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!