suria

Tujuh tahun menanti, Jehan Miskin bakal jadi ayah - “Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan”

Tahniah, Jehan dan isterinya Julie bakal menimang cahaya mata sulung.

TUJUH tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Jehan Miskin dan isterinya Julie Camelia Rhee bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Perkara itu dikongsikan Jehan di laman sosial bersama foto imbasan ultra bunyi kandungan pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik isteri menjerit tersedar telefon terbakar - Jehan Miskin

"1+1 = 3, #newadventures, #rmcobaby #akandatang 2021" tulisnya.

Bagaimanapun, Jehan tidak memberitahu secara terperinci mengenai usia kandungan isterinya.



Julie meluahkan rasa teruja di Instagramnya.

Sementara itu, Julie Camelia Rhee yang merupakan warganegara Korea mengakui teruja dan tidak pernah membayangkan perkara itu.

"Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan datang dalam dunia kecil kami, yang akan buat segalanya-galanya berubah. Kami akan bergelar ibu bapa!

"Saya dapat bayangkan yang perjalanan ini akan menjadi sesuatu hal yang mengujakan," katanya menerusi satu posting di Instagram miliknya.

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan proses itu berjalan lancar.

Jehan mendirikan rumah tangga dengan Julie pada Mei 2013.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jehan Miskin, baby PKP, anak artis

Artikel Lain