suria

Kongsi video suami solat belakang gerai, Abby Abadi pelik ramai yang ‘panas’ - “Ajak buat benda baik serba tak kena, konsert berpuluh kali post pun takpa!”

abby suami solat

TINDAKAN pelakon Abby Abadi berkongsi rakaman video suaminya, Muhammad Faizal Zakaria bersolat di belakang gerai jualan mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Menurut Abby, 42, tujuannya berkongsi video tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya sebagai ingatan bermanfaat untuk pengikutnya di Instagram (IG).

"Meh Abby Abadi nak membebel lagi... semalam saya kongsikan video suami solat di Instastory, ada yang mesej (DM) kata ini riyak, menunjuk! Saya balas semula, saya kata kalau suami post sendiri mungkin menunjuk tapikan saya yang post... Allah lebih tahu niat seseorang tu!

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi geram dituduh buang lemak sebab nak kurus - “Nasiblah kalau kena block!”

"Ini Instagram saya... ya saya tak sempurna, takkan mungkin sempurna tapi saya cakap saya kongsi tazkirah, renungan qalbu ingatkan fasal solat dalam IG ni agar IG saya bermanfaat untuk orang lain jadi bila tiba-tiba saya padam ada juga kenangan indah yang saya tinggalkan disini.

"Rugi kalau guna laman sosial sembang kosong saja, buat lawak entah apa-apa, tunjuk itu tunjuk ini tapi langsung tak berdakwah semampu kita dan sampaikan peringatan dari-Nya. Konon agama dan amal ibadat sendiri-sendiri... dalam laman sosial untuk enjoy saja. Sakit sungguh la kalau beranggapan begitu!," katanya.



Abby jelaskan sebab dia berkongsi video suami bersolat di belakang gerai.

Pelakon drama popular Gerak Khas ini berkata demikian bagi menjelaskan tujuannya berkongsi rakaman video itu menerusi Instagram pada Sabtu.

Sementara itu, Abby berkata dia hairan dengan sikap segelintir individu yang kurang senang dengan perkongsiannya mengenai agama.

Katanya, apa yang dikongsi itu merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Nak kaya, nak makan sedap, nak enjoy selalu, pergi bercuti selalu tapi solat tak nak macam mana? Siapa nak bagi?

ABBY ABADI

PELAKON

"Bila ingatkan benda baik-baik, pergi mana-mana, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena... bila ajak liburan, ajak pergi konsert, pergi layan benda-benda mengarut... berpuluh-puluh kali post pun tak apa, siap repost lagi.

"Apabila fasal solat, sentap tak tentu hala.... itulah kesilapan besar kita sebenarnya walhal hidup ini memang untuk sebarkan agama-Nya.



Abby bersama suami dan tiga anak angkat mereka.

"Muhasabahlah! Memang tanggungjawab kita saling mengingatkan dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan dengan kesabaran, bukan sebab kita konon baik dari orang lain tapi sebab nak sama-sama ke syurga dan bernilai disisi-NYA," ujarnya.

Dalam pada itu, Abby turut meminta pengikutnya merenung kembali tujuan hidup dan sentiasa mengutamakan solat meskipun sedang sibuk dengan hal duniawi.

"Renung balik apa sebab Allah masih izinkan kita bernyawa hingga hari ini. Enjoy selagi boleh ke atau ingat mati boleh datang bila-bila? Tak apalah nanti taubatlah... nanti solatlah... banyak nanti, tiba-tiba mati nak jawab macam mana dengan Allah dalam kubur nanti?

"Rugi hidup tak solat... dah besar panjang dah pun. Nak kaya, nak makan sedap, nak enjoy selalu, pergi bercuti selalu tapi solat tak nak macam mana? Siapa nak bagi?" nasihatnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain