VOKALIS kumpulan Arrow, Ringgo terbabit kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, Kelantan pada petang Jumaat. Menerusi laman Facebook milik Khairul Amizi Husin, Ringgo dikatakan terlibat kemalangan itu semasa dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi kediamannya. Difahamkan, kereta jenis Toyota X-Gear yang dimenangi ketika program Kilauan Emas musim keempat remuk di bahagian hadapan. ARTIKEL BERKAITAN: Ringgo (Arrow) Mahu Dikenali Sebagai Zain "Beliau dalam perjalanan balik selepas mengunjungi saya di rumah. Kereta terlibat yang dimenangi semasa konsert Kilauan Emas 4 dulu. "Beliau bersama dua anak lelakinya... anaknya Syahid mengalami luka ringan. Mohon doakan yang terbaik buat beliau," tulis Khairul Amizi. Semuanya selamat dan tak ada sebarang kecederaan, namun dia tak mahu ulas mengenai kemalangan ini! MUAZ PENGURUS ARROW Sementara itu, pengurus kumpulan Arrow yang dikenali sebagai Muaz memaklumkan penyanyi itu dan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, Ringgo enggan berkongsi mengenai kemalangan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Perkongsian Khairul Amizi di Facebook. “Saya pun baru tahu berita ini, dia beritahu keadaan mereka baik-baik sahaja. Semuanya selamat dan tak ada sebarang kecederaan, namun dia tak mahu ulas mengenai kemalangan ini!," katanya yang turut memaklumkan Ringgo dalam proses menghasilkan lagu baharu tidak lama lagi. Ringgo atau nama sebenar Md Zain Ramli mencapai zaman kegemilangannya bersama kumpulan Arrow pada tahun 1990-an. Antara lagu popular nyanyiannya yang menjadi siulan peminat ialah Aku Tak Marah, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Niat Hati Tak Nak Berpisah. Pada tahun 2014, Ringgo menyertai program Kilauan Emas 4 dan mahu dikenali sebagai Zain kerana enggan dibayangi kumpulan Arrow. Ringgo meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X-Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!