suria

“Ayden mahu daddy... nak tidur dengan daddy” - Aliff Aziz pilu anak rayu nak jumpa, minta maaf gagal jadi ayah terbaik

Anak sulung Aliff Aziz merindui bapanya yang berada di Singapura.

TERKAIT dengan pelbagai kontroversi, penyanyi Aliff Aziz mengaku sedar dengan kesilapan hidup yang dilakukan memberi kesan kepada keluarganya.

Aliff, 29, yang kini berada di Singapura berkata, pandemik Covid-19 yang memisahkan jarak dia dengan isteri dan anak-anak memberi hikmah agar dia memperbaiki kesilapan dan menghargai orang sekeliling.

"Ia memberikan perspektif untuk saya memperbetulkan semula perjalanan hidup. Pandemik yang berlaku ini memberi kesan jauh lebih mendalam bagi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz keluar penjara, Bella Astillah tetap bangga - “Dia dah terima balasan di dunia dan sedang memperbaiki diri”

"Seperti yang saya tahu, saya tidak akan membiarkan kesilapan dan kesalahan saya memberi kesan kepada anak-anak dan orang saya sayangi.

"Saya tidak malu menjadi lelaki dan mengakui bahawa saya sering melakukan kesilapan dalam hidup. Ya, saya mempunyai banyak kelemahan untuk difikirkan," katanya.



Aliff tersentuh hati melihat video anak sulung meluahkan keinginan untuk bertemunya di Singapura.

Menerusi Instagram, penyanyi lagu Sayang Sayang ini berkongsi rakaman video pendek anak sulung Mohamad Ayden Adrean yang meluahkan rasa rindu terhadap bapanya itu.

"Ayden mahu daddy... daddy Ayden mahu pergi Singapura, Ayden pun nak tidur dengan daddy. Cepatlah mummy!," kata Ayden.

Dalam pada itu, Aliff memohon maaf kepada anak-anaknya itu kerana tidak mampu menjadi seorang ayah yang baik.

Daddy minta maaf kerana gagal menjadi ayah yang hebat tetapi ketahuilah daddy berada di landasannya sekarang.

ALIFF AZIZ

PENYANYI

"Daddy juga rindu kamu... isteri hantar video ini dan memilukan melihat bagaimana masa berjauhan dengan anak-anak saya mempengaruhi mereka pada usia muda ini.

"Ia mengajar saya betapa beratnya akibatnya kepada keluarga dan orang yang saya sayangi akibat tindakan saya yang tidak berakal.

"Daddy minta maaf kerana gagal menjadi ayah yang hebat tetapi ketahuilah daddy berada di landasannya sekarang.



Bella Astillah bersama dua anaknya, Ayden dan Ara.

"Awak (Ayden) dan adik perempuan membawa pembaharuan untuk saya dan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda, Ara dan mummy apabila semua ini berakhir tidak lama lagi," ujarnya.

Bella dan Aliff membuat keputusan bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.

Pasangan ini kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam idah kira-kira Julai tahun lalu.

Mereka berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna, tiga bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain