suria

Fadh Majid lupa lirik selepas terpandang Ajai! - “Mungkin sebab itu saya dapat tempat ke-5”

Fadh akui kesilapannya terlupa lirik pada malam konsert akhir Big Stage.

PENYANYI Fadh Majid mengakui gara-gara terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Pantun Budi menjadi punca dia mendapat tempat kelima dalam program Big Stage 2020.

Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid, 27, mengakui perasaan gementar terpandang juri tetap program tersebut iaitu Ajai membuatkan dia mengulang lirik 'papan di jawa' sebanyak tiga kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar single ketika PKP, penyanyi baharu Fadh Majid dituduh tak sensitif - “Ada kerja terpaksa dilaksanakan, meskipun dalam situasi ini”

Bagaimanapun, Fadh menerima dengan hati terbuka rezekinya berjaya menjejak kaki di pentas akhir program tersebut biarpun masih baharu dalam industri seni.



Persembahan yang bertenaga daripada Fadh.

"Saya jadi lost tiba-tiba dan tak ingat lirik seterusnya. Mungkin disebabkan masa itu saya terpandang Ajai, terus jadi gementar. Mungkin disebabkan saya lupa lirik menyebabkan saya menduduki tempat kelima.

"Tapi bagi saya, semuanya bergantung pada rezeki. Kalau memang rezeki... saya salah lirik ke tumbang ke tapi kalau dah Allah dah kata saya juara, saya tetap juara.

"Saya serahkan 100 peratus kepada Allah, sebab saya pun rasa bangga dapat sampai ke final. Berbanding dengan peserta lain, saya paling underdog lagi.

Saya ambil pengalaman yang dia kongsikan untuk saya berada dalam dunia seni.

FADH MAJID

PENYANYI

"Single pertama saya pun baru lancar awal tahun ini dan selesai tempoh PKP saya terus dapat rezeki untuk sertai uji bakat Big Stage sehinggalah dapat masuk program ini," kata Fadh kepada mStar.

Fadh ditemui ketika sidang media selepas tamat konsert akhir Big Stage musim ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad lalu.

Pentas akhir itu menyaksikan penyanyi Azzam Sham merangkul gelaran juara, Usop di tempat kedua dan tempat ketiga milik Qody Rany manakala Dinie Rashid menduduki tempat keempat.

Dalam pada itu, Fadh memberitahu dia banyak bertanya dan meminta nasihat daripada penyanyi Shiha Zikir mengenai industri seni memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama.



Fadh menganggap Shiha seperti kakaknya.

"Shiha ini saya sudah anggap dia seperti kakak. Dia sentiasa ajar saya dari segi selok belok dalam industri dan muzik. Dia juga kongsi pengalaman dalam dunia seni dan saya memang banyak belajar daripada dia.

"Saya ambil pengalaman yang dia kongsikan untuk berada dalam dunia seni. Semua orang boleh menyanyi tapi pengalaman itu sukar untuk dapat dan Shiha memang banyak membantu saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain