PELAKON Nazim Othman mendedahkan dia terpaksa berdepan dengan kejadian yang tidak dijangkakan selepas pulang dari menjalani penggambaran pada lewat malam, Jumaat. Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 36, berkata dia yang ketika itu dalam keadaan penat terpaksa memikirkan jalan untuk masuk ke dalam rumahnya gara-gara kehilangan kunci. ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman belanja RM15,000 beli baju untuk drama 'Pengantin Satu Malam' - “Ya... pelakon Malaysia memang kena sediakan baju sendiri” Menganggap ia bukan insiden yang kelakar, pelakon drama Pengantin Satu Malam ini akhirnya mendapat idea dengan memasuki rumahnya melalui tingkap bilik air. Akhirnya dapat juga masuk umah... ikut tingkap bilik air. NAZIM OTHMAN PELAKON "Sumpah tak kelakar. Balik dari penggambaran pada tengah malam. Lepas parking, cari kunci rumah... tak ada. Punggah satu kereta cari pun tak jumpa. "Dah la tengah penat, mengantuk dan lepas itu berpeluh-peluh badan kat kawasan parking yang panas tu. Nasib baik masa kecil dulu selalu tengok cerita #MacGyver. "Terus sel-sel otak berhubung dengan kelajuan cahaya. Akhirnya dapat juga masuk umah... ikut tingkap bilik air. Nasib baik aku kurus," kata Nazim. Nazim berkongsi perkara itu laman Instagram miliknya. Nazim berkongsi kejadian tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat dan rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama. Dalam pada itu, Nazim secara berseloroh memberitahu insiden yang berlaku itu menyebabkan dia memerlukan seorang pembantu peribadi atau lebih baik sekiranya ada isteri. "Saya perlukan PA (pembantu peribadi)... atau mungkin seorang isteri. Eh? Tiba. Okey bye," ujarnya. Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun sahaja. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!