TIGA finalis Suria Duo X akan mempamerkan kemampuan vokal terbaik bersama kumpulan artis kegemaran mereka iaitu #teamSyamelxSitiSarah, #teamEzadLazimxAinaAbdul dan #teamAzlanxAraJohari.
Selepas tiga minggu proses pemilihan serta perbincang, tiga finalis iaitu Danny Mierul, Murshid Nazri serta Shazreen akan bersaing untuk menentukan siapa yang layak bergelar sebagai juara.
ARTIKEL BERKAITAN: Pendengar Suria FM berpeluang duet dengan artis kegemaran mereka di final 'Suria Duo X'
Strim siaran langsung Finale Suria Duo X akan diadakan pada Jumaat bermula pukul 9 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.
Juara akan membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi Suria Duo X manakala tempat kedua dan tempat ketiga Suria Duo X pula akan meraih RM3,000 dan RM2,000 serta trofi Suria Duo X.
Team Pagi Suria iaitu Ajak (kiri), Issey dan Fizi akan mengacara pentas akhir Suria Duo X.
Finale Suria Duo X juga bakal menampilkanpersembahan artis legenda dan baru seperti Dato Hattan, Adam E, Yonnyboii, Madam Band dan Dolla.
Anda juga berpeluang untuk menentukan juara Suria Duo X dengan mengundi peserta dan kumpulan pilihan secara online menerusi laman rasmi di undi.suria.my bermula pada 5 Oktober sehingga 9 Oktober 2020.
Buat mereka yang masih belum mengetahui dan menonton video mingguan Suria Duo X, ikuti episod Suria Duo X di suria.my/suriaduox.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!