suria

Siti Elizad dikritik kerap kongsi rawatan IVF, netizen nasihat banyakkan ibadah - “Tak perlu upload doa atas sejadah... itu rahsia saya dengan Allah”

Elizad baharu saja selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan IVF.

PERKONGSIAN pelakon Siti Elizad mengenai pengalaman dia menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Biarpun menerima kata positif namun ada juga segelintir netizen yang menasihati Elizad, 36, supaya memperbanyakkan lagi melakukan ibadah untuk dapatkan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad selesai lalui proses ambil telur untuk IVF, berdebar tunggu keputusan minggu depan - “Doakan saya berjaya hamil”

Menurut Elizad, dia tidak perlu berkongsi apa yang dilakukan bersama suaminya dalam soal ibadah memandangkan ia rahsia antara mereka dengan Allah.

"Ada juga segelintir yang cakap kena bangun malam, banyakkan solat, sedekah dan sebagainya baru dapat anak. Cara anda komen seolah-olah macam mengenali saya luar dan dalam.



Elizad memuat naik perkara itu di Instastory miliknya pada Selasa.

"Macam inilah, rasanya tak perlu saya upload tentang doa atas sejadah, bangun malam tahajjud, dhuha, bersedekah kepada orang, mengaji dan sebagainya.

"Apa yang kami lakukan suami isteri rasanya, biarlah rahsia diantara kami dengan Allah," kata Elizad.

Pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin itu memuat naik status memberi penjelasan tersebut di laman Instastory miliknya.

Pada Selasa, Elizad memberitahu dia baharu saja selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan IVF.

Insya-Allah kami dah cuba yang terbaik. Ada atau tidak, kami tetap terus berdoa.

SITI ELIZAD

PELAKON

Sebelum ini, Elizad meluahkan rasa syukur apabila proses pengambilan telur untuk rawatan IVF dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat pada Rabu berjalan dengan lancar.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, penyampai radio Sinar FM ini berkata, dia akan berkongsi keputusan berkenaan proses tersebut dalam minggu ini.

Dalam pada itu, Elizad mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang meninggalkan komen baik tanpa menilai dirinya.

Kata Elizad, dia menyerahkan segala takdir kepada Allah dan tidak akan putus berdoa untuk dikurniakan cahaya mata.



Elizad dan suami sentiasa berdoa untuk dikurniakan anak.

"Apa-apa pun terima kasih buat mereka yang memberi komen yang baik kepada saya tanpa perlu menilai.

"Saya doakan juga untuk para isteri yang senasib macam saya supaya kita sama-sama punya rezeki.

"Insya-Allah kami dah cuba yang terbaik. Ada atau tidak, kami tetap terus berdoa," ujarnya.

Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain