suria

Elizabeth Tan silap jual baju jenama sendiri tanpa label, terpaksa ‘refund’ duit pelanggan - “Saya betul-betul kecewa, modal bukan sikit”

Elizabeth tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

PENYANYI Elizabeth Tan meluahkan rasa terkilan dengan kecuaian pihak pengeluar baju jenamanya kerana gagal melakukan semakan kualiti sebelum menghantar kepada pembeli.

Menurut Elizabeth, ketiadaan label jenamanya adalah kecuaian besar memandangkan dia mengeluarkan modal yang tinggi dalam memastikan pakaian jenamanya memenuhi standard.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cemburu buta ugut nak simbah asid ke muka Elizabeth Tan... “What? tak masuk akal!”

"Sekarang saya betul-betul kecewa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama kat bawah baju. Ia sepatutnya ada tag.

Elizabeth kecewa pihak pengeluar tidak melakukan kerja dengan betul.

"Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak... modal saya bukan sikit," katanya.

Elizabeth menerusi video yang dimuat naik di laman sosial miliknya tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika berkongsi perkara itu.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi pujukan daripada netizen yang berharap penyanyi lagu Knock Knock itu bersabar dengan apa yang terjadi.

Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya.

ELIZABETH TAN

PENYANYI

Malah, ada juga segelintir netizen yang meminta penyanyi berusia 30 tahun itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tersebut.

Dalam pada itu Elizabeth memberitahu pembeli yang mahu wang mereka dikembalikan boleh memohon kepada pihak pihak laman e-dagang yang menjual bajunya.

Elizabeth turut memohon maaf kepada pembeli atas kesilapannya kerana tidak melakukan pemeriksaan dengan betul disebabkan terlalu mempercayai pihak lain.

Elizabeth memohon maaf atas kesilapannya.

"Saya tak nak menangis... saya nak beritahu yang sesiapa mahukan refund, anda boleh mohon dan mereka akan memulangkannya bersama baucar tambahan.

"Saya minta maaf sangat kerana saya tidak betul-betul buat QC. Saya nak yang terbaik untuk anda tapi rupa-rupanya saya tersalah mempercayai orang lain.

"Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain