suria

'Lailer' masuk hospital selepas jatuh sakit akibat tak cukup rehat - “Saya bekerja tanpa henti sampai muntah dan lemah”

Riena ditahan wad selama satu hari selepas berdepan masalah kesihatan.

GARA-GARA bekerja tanpa henti dan tidak cukup rehat, pelakon Riena Diana dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami muntah berterusan.

Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, dia dinasihatkan doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kongsi foto dengan kekasih di IG bukan sebab putus cinta - Riena Diana

Riena yang popular dengan watak sebagai Lailer menerusi drama Kampung People berkata, keadaannya semakin sihat dan kini berehat di rumah neneknya di Kuala Lumpur.



Riena dinasihatkan untuk berehat secukupnya sebelum bekerja semula.

"Saya ditahan di wad selepas alami muntah yang berterusan dan badan lemah akibat tidak cukup rehat.

"Doktor pun suruh saya rehat saja dan Alhamdulillah... keadaan saya pun dah semakin baik. Mungkin disebabkan beberapa bulan saya kerja tanpa henti, itu yang badan jadi tak sihat.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan saya. Buat masa sekarang saya berehat di rumah nenek dan akan sambung kerja selepas betul-betul sihat," katanya kepada mStar.

Nasib baik, pihak produksi dan TV3 memahami keadaan saya.

RIENA DIANA

PELAKON

Pada Isnin lalu, Riena berkongsi foto di Instastory yang memperlihatkan dia sedang baring di atas katil yang ditolak seorang jururawat.

Sebelum ini, Riena terkandas di Muar, Johor disebabkan menjalani penggambaran sebuah drama namun dapat pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapatkan kebenaran daripada polis.

Dalam pada itu, Riena mendedahkan dia terpaksa menolak semula tawaran berlakon yang sudah diterima pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Biarpun pada mulanya mengakui berasa bimbang akan dimarahi produksi dan stesen TV3 namun bersyukur kerana kedua-dua pihak itu memahami keadaannya.



Riena terpaksa menolak tawaran yang sudah diterima.

"Buat pertama kali saya terpaksa tolak tawaran berlakon pada saat akhir. saya tak pernah buat perangai macam ini.

"Sampaikan saya overthinking... takut ada pihak yang marahkan saya. Tapi saya cuba jelaskan dekat produksi yang saya tak dapat nak buat.

"Nasib baik, pihak produksi dan TV3 memahami keadaan saya. Selepas ini saya kena berpada-pada ambil tawaran kerja," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain