suria

Fazley Yaakob kongsi kisah perit 12 tahun lalu, seorang anak kembar meninggal dunia ketika lahir - “Mama perlu lalui banyak cabaran”

Fazley berbangga melihat anaknya, Fariedz semakin membesar dengan baik.

CEF selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalaman menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya iaitu Fariedz sempena ulang tahun ke-12 kanak-kanak itu pada Khamis lalu.

Fazley, 42, berkata isterinya iaitu Datin Azrene Ahmad melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! 30 hari terpisah... akhirnya Fazley Yaakob dapat peluk cium anak-anak - “Kaki saya longlai, air mata mengalir tanpa henti”

Malah mereka juga kehilangan seorang anak lelaki yang juga merupakan kembar kepada Fariedz atau nama panggilan manjanya Payish.

Fazley berkongsi video koleksi momen bersama anak sulungnya.

"Mama perlu lalui banyak cabaran untuk dapatkan awak, malah kami kehilangan kembar lelaki awak.

"Saya masih ingat hari di mana kami bawa awak pulang ke rumah, mama masih lemah daripada pembedahan yang dilakukan.

"Saya perlu dukung awak yang kecil di tangan saya. Saya bantu mandikan awak dan bersihkan uri awak dan tanamkannya.

"Bergegas pulang untuk peluk awak dengan bangganya, anak pertama saya," katanya.

Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish, dida sangat berbangga dengan awak.

FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini turut memuat naik video koleksi anak sulungnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Fazley turut meluahkan rasa bangga melihat anaknya itu semakin membesar dengan baik.

Fariedz juga pernah mengikuti dia, isteri dan rakan baiknya iaitu penyanyi Imran Ajmain ke Tanah Suci, Makkah, pada awal tahun ini.

Fazley bersama anak sulung, isteri dan rakan baiknya, Imran.

"Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish. Dida sangat berbangga dengan awak. Setahun sudah berlalu dan awak semakin membesar dengan baik.

"Alhamdulillah awal tahun ini awak dipilih menjadi tetamu Allah untuk pertama kali bersama dida, mama dan Nanan (Imran Ajmain).

"Awak cakap yang awak mohon pada Allah untuk dikurniakan kebahagian dan keluarga yang sentiasa menyayangi. Saya sayang awak. Happy 12th birthday to you," ujarnya.

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 2006 dan selain Fariedz, mereka juga mempunyai tiga lagi cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain