PELAKON Zara Zya mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan gembira selepas melakukan penghijrahan dengan memakai tudung sejak September lalu. Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 35, keputusan untuk bertudung itu bukan disebabkan mahu mendirikan rumah tangga namun ia datang daripada hatinya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Cantik bertudung! Ini 9 selebriti buat keputusan tukar imej sepanjang PKP "Kehidupan selepas penghijrahan ini saya rasa tenang, gembira dan lebih dekat dengan Allah. Sebelum ini, saya selalu terfikir kenapa hati tak tenang... ada saja masalah. Zara berhijab bukan disebabkan mahu berkahwin. "Sekarang Alhamdulillah... Allah permudahkan segala urusan dan ia buatkan kehidupan saya lebih gembira. Tapi hijrah yang saya lakukan ini tiada kena mengena dengan nak kahwin. "Saya berhijab atas kehendak diri sendiri. Tak ada siapa suruh atau bukan sebab nak kahwin," kata Zara kepada mStar. Sebelum ini, Zara memuat naik gambar bertudung di Instagram hingga menarik perhatian peminat yang menyukai imej yang digayakan. Rezeki saya memang tak pernah putus. Apabila dah berhijrah ni, ramai yang suka. ZARA ZYA PELAKON Sekitar penghujung September lalu, Zara meluahkan rasa syukur apabila sekian lama memendam hasrat berhijrah hingga akhirnya membulatkan tekad untuk bertudung. Dalam pada itu, pelakon drama Korban Kasih ini memberitahu biarpun penampilannya kini berbeza namun dia bersyukur kerana masih menerima banyak tawaran berlakon. Penghijrahan yang dilakukan itu turut mendapat sokongan peminat dan ada juga segelintir pihak beranggapan dia berhijab disebabkan perniagaan jualan tudung yang pernah diusahakan sebelum ini. Selain Zara, tiga selebriti iaitu Mawar Rashid, Hanna Delisha dan Kila Fairy mengambil keputusan untuk bertudung. "Alhamdulillah... sejak saya berhijab ini, banyak juga saya terima tawaran berlakon. Rezeki saya memang tak pernah putus. Apabila dah berhijrah ni, ramai yang suka. "Dapat banyak feedback yang positif walaupun ada juga segelintir pihak yang cakap saya bertudung sebab saya ada jual tudung. Tapi saya tak kisah pun apa orang nak kata. "Sebabnya, perniagaan tudung itu dah lama saya lakukankan ketika saya masih free hair lagi. Cuma, saya berehat sekejap dan sekarang saya kembali aktif berniaga tudung semula," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!