SIMPATI dengan nasib yang menimpa pekerja syarikat penerbangan tempatan yang hilang pekerjaan kerana krisis pandemik Covid-19, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin menyatakan hasrat membantu bekas anak kapal yang terkesan. Menerusi Instagram, Shahrulezad meminta mereka yang dibuang kerja menghantar maklumat diri dan akan mengadakan satu sesi ujibakat bagi mencari wajah baharu untuk drama terbitannya. "Untuk bekas kabin kru Malindo Air dan Air Asia kami memahami situasi anda...sila mesej profil anda, mungkin kita boleh buat ujibakat secara online. ARTIKEL BERKAITAN: Shahrulezad tak layan artis minta bayaran tinggi langit "Mungkin anda akan jadi wajah baharu untuk projek TV siri akan datang... let's do magic! Untuk maklum balas segera sila berhubung dengan penerbit eksekutif, sebab takut abang sibuk dekat set. "Sebenarnya tawaran ini bukan untuk bekas flight attendant sahaja tau... sesiapa yang berminat pun boleh cuba," katanya. Shahrulezad minta bekas pramugari cuba nasib sebagai pelakon. Pada hujung Oktober lalu, kisah kakitangan penerbangan tempatan yang menamatkan perkhidmatan secara rasmi menjadi trending di laman sosial. Ramai daripada bekas kakitangan syarikat itu meluahkan rasa sedih mereka selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi. Terkesan dengan posting yang aku baca pagi ni... siapa yang tak luluh hatinya jika diuji sebegini bila tempat bergantung rezeki tidak menjanjikan apa-apa lagi. AZHAN RANI PELAKON Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu dikatakan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh iaitu 3,200 tenaga kerjanya. Sementara itu, pelakon Azhan Rani memuji usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh pengarah drama Nur itu. Azhan Rani sokong cadangan Shahrulezad. "Terkesan dengan posting yang aku baca pagi ni... siapa yang tak luluh hatinya jika diuji sebegini bila tempat bergantung rezeki tidak menjanjikan apa-apa lagi. "Terima kasih dan salute buat syarikat penerbitan Radius One untuk usaha kecil mereka ini. Sekurang-kurangnya ada pilihan buat rakan-rakan airlines yang sedang diuji ini untuk keluar dari kesulitan mereka sekarang. "Tidak apa la kalau bukan untuk jangka panjang pun... andai kata musibah ini sudah pulih nanti mungkin boleh je kembali bertugas di awan biru, buat masa ini sekurang-kurangnya dah ada peluang terbuka untuk mencari rezeki baru. "Semoga dipermudahkan dan semoga lebih banyak pihak terinspirasi untuk saling membantu mereka yang dalam kesulitan... apa fasal tiba-tiba rasa semangat pula nak berlakon dengan Radius One lepas ni... berselera eh!" ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!