suria

Tak sampai beberapa jam ‘upload’, pembaca mStar jumpa kucing Nana Sheme - “Makcik tu DM jumpa Dusty di kawasan rumah”

Nana mengucapkan terima kasih kepada portal mStar selepas kucingnya berjaya ditemukan semula.

PENYANYI Nana Sheme tidak dapat menahan sebak apabila kucing perliharaanya yang diberi nama Dusty dijumpai semula selepas hampir tiga hari hilang.

Menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 25, seorang wanita telah menghubunginya di laman Instagram memberitahu sudah menemui haiwan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari hilang, Nana Sheme minta bantuan orang ramai cari kucing kesayangan

Tambah Nana, wanita mengetahui tentang perkara itu selepas terbaca berita itu di Instagram mStar pada pagi Selasa dan menyedari kucing yang dijumpai itu adalah Dusty.

Saya percaya dia nampak post dekat mStar sebab dia bukan salah seorang pengikut saya.

NANA SHEME

PENYANYI

"Saya sangat gembira... Alhamdulillah, ada sorang makcik DM saya kata dia dah jumpa Dusty. Nampaknya Dusty sesat dalam kawasan kediamannya.

"Terima kasih terutamanya kepada mStar sebab makcik itu jumpa berita dekat IG mStar. Saya percaya dia nampak post dekat mStar sebab dia bukan salah seorang pengikut saya.

"Terima kasih sangat... Alhamdulillah," kata Nana.

Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah video di Instastory miliknya pada Selasa.

Nana menangis kegembira apabila kucingnya berjaya ditemukan semula.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Nana memohon bantuan orang ramai memberi maklumat jika ternampak haiwan kesayangannya yang hilang hampir tiga hari.

Bekas peserta program Big Stage 2020 itu berkata kucing berwarna kelabu berusia dua tahun itu dijaga oleh rakannya buat sementara waktu.

Kata Nana, kucing kesayangannya itu merupakan hadiah daripada penyanyi kanak-kanak popular iaitu Alyssa Dezek.

Biarpun tiada tawaran ganjaran namun Nana berharap orang ramai membantu mencari kucing tersebut dengan seikhlas hati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain