suria

“Saya bukan penyanyi dan sedang belajar vokal” - Nyanyian 'live' dikecam, Harith Zazman akui gementar sepentas Yuna dan Anuar Zain

Antara komen netizen terhadap persembahan Harith pada malam tersebut.

NYANYIAN penyanyi baharu Harith Zazman menerusi persembahan konsert Lazada 11.11 yang berlangsung pada malam Selasa mendapat kritikan netizen di laman sosial.

Segelinitr netizen berpendapat, Harith, 26, belum bersedia untuk menyanyi secara langsung dan memerlukan lebih banyak latihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi baharu, Harith Zazman dedah kisah disebalik lagu ‘Cute’ - “Seronok dapat berkarya, duit itu datang kemudian”



Loca B dilihat lebih menonjol berbanding Harith.

"Jangan jadikan alasan bukan penyanyi untuk tidak menyanyi dengan bagus. Tak boleh nak guna alasan sama lagu. Aku suka lagu Cute dan Tak Tahu tapi tolonglah ambil kelas vokal," komen netizen.

Harith ketika dihubungi mStar menjelaskan dia menceburi industri seni bukan untuk menjual suara sebaliknya ingin belajar mengubah muzik dan mencipta lagu.

Bagaimanapun, Harith menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dan mengakui kini sedang mengikuti kelas vokal.

"Sebenarnya saya masuk industri ini sebab nak buat muzik bukan nak jual suara saya. Pada asalnya saya bukanlah penyanyi dan masih belajar malah saya sendiri sedang mengikuti kelas vokal.

"Lagipun malam itu merupakan kali pertama saya membuat persembahan secara langsung di pentas yang besar," kata Harith kepada mStar.

Saya harap orang di luar sana menerima kekurangan saya ini dan akan berusaha jadi lebih baik pada masa akan datang.

HARITH ZAZMAN

PENYANYI

Konsert Lazada 11.11 Super Show dengan persembahan hebat pelbagai artis antaranya Anuar Zain, Yuna, Datuk Afdlin Shauki, Adibah Noor, Naim Daniel, Ismail Izzani, Syamel dan Ernie Zakri.

Acara yang berlangsung menerusi saluran TV3 tetap meriah walaupun diadakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Harith mengakui faktor sepentas dengan artis-artis berpengalaman membuatkan dia berasa gementar untuk memberikan persembahan terbaik.



Harith kini memasuki kelas vokal untuk memperbaiki kelemahannya.

"Saya akui agak nervous apabila melihat barisan artis hebat seperti penyanyi Yuna dan Anuar Zain yang turut membuat persembahan pada malam itu.

"Saya harap orang di luar sana menerima kekurangan saya ini dan akan berusaha jadi lebih baik pada masa akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Harith memberitahu dia masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana program nyanyian realtiti TV kerana ingin belajar dan mengutip lebih banyak pengalaman terlebih dahulu.

"Kalau bertanding saya tolak tepi dahulu sebab saya nak bagi orang yang lebih layak. Sekarang ni saya lebih suka explore muzik, bawa benda baru dalam Malaysia," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain