suria

Jamal Abdillah pilih 11.11 untuk ‘birthday’ anak keempat, namakan El Issac Yamani - “Mudah sikit nak ingat tarikh-tarikh cantik ni”

Jamal berkongsi wajah anak lelakinya.

ISTERI penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah iaitu Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka kira-kira pukul 4 petang Rabu.

Jamal, 61, berkata, isterinya melahirkan bayi lelaki seberat 3.05 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 bulan timang cahaya mata perempuan, isteri Jamal Abdillah kini hamil 10 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya azankan Azura dengan suara paling indah” - Jamal Abdillah rasa nak melompat dapat timang anak perempuan

"Alhamdulillah.. atas rezeki yang dikurniakan Allah ini. Terkedu saya melihat wajah anak, putih sungguh.

"Kali ini perasaan gemuruh tu tak tahu nak cakap. Saya pula sibuk malam sebelum tu dengan konsert tiba-tiba dapat berita gembira ni, hilang semua penat," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu memilih nama El Issac Yamani cahaya mata keempatnya.



Jamal bersama isteri dan anak perempuannya.

Dalam pada itu, Jamal berkata, dia memilih 11 November bagi isterinya menjalani pembedahan kerana tarikh itu sangat istimewa dan mudah untuk diingati.

"Mudah sikit nak ingat tarikh-tarikh yang cantik ni, jadi kami memilih pembedahan bagi melahirkan bayi lelaki ini pada 11 November.

"Begitu juga puteri sulung kami Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada tarikh yang cantik pada 10 Oktober 2019, ” ujarnya.

Jamal Abdillah dan Zai Izzati Khiruddin mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan kini memiliki sepasang cahaya mata.

Jamal turut dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 19 dan Ahmad Zaki Yamani, 14 menerusi perkahwinan terdahulu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain