suria

Nubhan berang isteri dituduh berhenti kerja doktor gigi sebab tak sambung kontrak - “Dulu kata aku kikis duit bini, sekarang mari duit kau aku nak kikis!”

Nubhan berkongsi paparan skrin keputusan isterinya dilantik sebagai Pengawai Pergigian Gred UG41.

PENYANYI Nubhan Ahmad berang apabila terdapat segelintir pihak mendakwa isterinya iaitu Afifah Tawfek meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi disebabkan ditamatkan kontrak.

Nubhan menerusi laman Instagram menegaskan dakwaan tersebut tidak benar memandangkan isterinya sudah menerima tawaran untuk pekerjaaan tetap dan ditugaskan ke hospital kerajaan di Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan terasa hati dituduh tidak bekerja segalanya ditanggung isteri

Bagaimanapun, Nubhan memberitahu keputusan isterinya untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa itu atas kerelaan sendiri yang lebih mengutamakan keluarga.



Isteri Nubhan ambil keputusan berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya.

"Amboi, sedap mulutnya cakap wife saya tak diserap la, propa la, tamat kontrak la. Macam-macam lagi. Sejak dia dapat tawaran kerja tetap dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100 peratus pada dia untuk memilih.

"Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia. Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Tak apalah, pendapat orang macam-macam.

"Ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah la tapi tak fikir ke? Entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tahu kan? Sebab kita bukan Tuhan," katanya.

Penyanyi lagu Ada Untukmu itu turut memuat naik paparan skrin memaparkan keputusan isterinya dilantik sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41.

Kita kan sesama umatnya di muka bumi ni. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana juga.

NUBHAN AHMAD

PENYANYI

Sebelum ini, Afifah atau lebih mesra menggelarkan dirinya Fie mendedahkan dia nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kata Afifah, dia senang hati untuk mengikut kata suaminya dan menganggap tugas sebagai suri rumah adalah pekerjaan yang mulia.

Menerusi laporan mStar pada 31 Oktober 2018, Nubhan pernah meluahkan rasa terkilan apabila netizen menuduhnya tidak bekerja dan kehidupan ditanggung oleh isteri.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam ini memberitahu segala apa yang berlaku termasuklah rezeki ditentukan oleh Allah.



Nubhan dan isteri dikurniakan dua cahaya mata.

"Dulu masa wife saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak keja, meh duit kau, aku nak kikis... Allah sebaik perancang, dia juga menentukan rezeki kita masing-masing.

"Ramai yang tahu tapi mungkin kurang mengerti. Apa orang-orang ni kurang yakin dengan rezeki Allah? Mungkin juga hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia?

"So go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian. Doakanlah yang baik-baik. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana juga.

"Tapi macam mana yang tak ada ilmu dan tak ada adab eh? Boleh sesiapa tolong jawabkan? Saya keliru ni," ujar Nubhan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain