suria

Ardell Aryana sertai misi bantuan di Sabah, Nadzmi Adhwa baru sedar susah jaga anak tanpa isteri - “Berpeluh-peluh macam joging nak bagi susu”

Nadzmi Adhwa mengagumi pengorbanan seorang ibu membesarkan anak.

PELAKON Nadzmi Adhwa menyedari bukan mudah untuk membesarkan anak yang masih kecil bersendirian tanpa bantuan isteri, Ardell Aryana.

Nadzmi, 28, berkata, pengalaman menjaga anak perempuan yang kini berusia enam bulan ketika isterinya mengikuti misi bantuan di Sabah membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.

"Berpeluh-peluh macam joging nak bagi susu kat anak... baru tahu bukan senang jaga anak ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa bergelar bapa, Ardell selamat bersalin selepas 16 jam menahan sakit - “Tak tahu macam mana nak cakap perasaan itu!”

"Selalu lepas kat isteri kita je! Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita.

"Tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak," katanya menerusi Instagram pada Rabu.



Nadzmi ambil tugas jaga anak sepanjang isteri sertai misi bantuan di Sabah.

Pada Sabtu lalu, isterinya yang juga pelakon Ardell Aryana menyertai Misi Bantuan Kecemasan ke Sabah.

Ardell yang juga Ikon Misi Kemanusiaan My Fund Action berlepas ke Tawau bersama dua lagi aktivis kemanusiaan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19.



Keluarga bahagia... Nadzmi bersama isteri, Ardell Aryana dan anak mereka, Arwa Malaikha.

Sementara itu, pelakon drama Hati Perempuan ini turut meminta Ardell kuatkan semangat dan mengabaikan komen negatif netizen yang mempertikaikan tindakannya menyertai misi bantuan tersebut.

Ujarnya, sebagai suami dia lebih mengetahui niat isterinya itu dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua keadaan.

Apa pun orang kata fasal kita hanya saya tahu niat awak Ardell. Jangan risau tentang kami! Kami semua baik. Kami sentiasa di belakang awak.

NADZMI ADHWA

PELAKON

"Apa pun orang kata fasal kita hanya saya tahu niat awak Ardell. Jangan risau tentang kami! Kami semua baik. Kami sentiasa di belakang awak.

"Teruskan membantu mereka yang memerlukan. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda.

"Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah reda!" ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain