suria

Ayu Damit akui saingan dalam GV7 semakin sengit, letak harapan rebut gelaran juara

Ayu anggap kesemua peserta GV7 ada kelebihan masing-masing.

PENYANYI Ayu Damit menganggap semua peserta yang masih meneruskan perjuangan di pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mempunyai peluang untuk merebut gelaran juara.

Pemilik nama Norayu Damit, 31 ini berkata, rakan-rakan seperjuangannya itu sentiasa memberi saingan dan menonjolkan kebolehan yang luar biasa pada setiap minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nomad kau komen sendirilah! Tak ada point nak potong dah” - Markah paling rendah, Nomad tersingkir minggu kelima GV7

Biarpun meletakkan harapan tinggi, namun dia tetap bersyukur sekiranya gagal untuk mendapatkan gelaran juara GV7.

Persembahan Ayu sentiasa mendapat pujian.

"Bagi saya, tak ada spesifik peserta yang dianggap seperti saingan sengit saya dalam GV7 sebab semua peserta boleh dikatakan pesaing saya.

"Setiap minggu saya lihat kebolehan masing-masing yang sangat luar biasa walaupun perlu membawa genre yang berbeza dari apa yang mereka tampilkan sebelum ini.

"Adat masuk pertandingan... mestilah harapkan kemenangan tetapi kalau bukan rezeki saya untuk menjadi juara, saya tetap bersyukur sebab dapat belajar banyak benda sepanjang program ini," katanya kepada mStar.

Saya berasa gembira sebab buat pertama kali dapat menyanyi dengan Hazama di pentas GV7.

AYU DAMIT

PENYANYI

Selain Ayu, gelaran juara GV7 masih menjadi rebutan penyanyi Cliff Umar, Ashira, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja, Aju Success, Muss, Rozita Izlyn dan Yantzen,

Konsert minggu kelima GV7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu menyaksikan penyanyi Nomad tersingkir.

Dalam pada itu, Ayu meluahkan rasa teruja kerana buat pertama kalinya bakal bergandingan dengan penyanyi Hazama di konsert minggu keenam GV7 yang akan berlangsung pada Ahad.

Ayu teruja dapat bergandingan dengan Hazama buat kali pertama.

"Saya berasa gembira sebab buat pertama kali dapat menyanyi dengan Hazama di pentas GV7, tetapi pada masa yang sama agak gementar juga sebab belum tahu gandingan bersama macam mana.

"Untuk diri sendiri, saya sudah buat persiapan sejak saya dapat lagu Dua Insan Bercinta lagi, tapi persiapan saya bersama Hazama belum lagi.

"Bila dah berkampung dekat PICC untuk rehearsal, masa itu baru saya boleh menilai bagaimana persembahan saya akan datang dan rancang persiapan yang selebihnya," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain