RAMAI yang meluahkan rasa sedih apabila pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengumumkan dia tidak lagi mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada episod akan datang. Mana tidaknya, keletah lucu pengacara yang sinonim dengan ayat ‘see my level’ itu bersama gandingan Elly Mazlein membuatkan penonton LCK2 tidak kering gusi sepanjang program bersiaran.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji imej ‘gagah’ Azwan Ali, suruh buang watak pondan - “Boleh hanyut pengacara lain.. silap-silap Nabil pun tenggelam!” Ternyata percaturan TV3 membawa semula Azwan ke pentas besar itu mengubat kerinduan peminat industri hiburan yang rata-rata memberikan komen positif. Malah mereka juga mahukan Azwan terus kekal mengacarakan LCK2 yang bersiaran pada setiap malam Ahad. Keletah Azwan dan Elly cuit hati penonton. Bukan itu sahaja, Elly menerusi satu posting di Instagram juga menyatakan perasaan rindu kepada gandingannya itu yang digelar 'Azwan 2020'. Elly turut meminta peminat memberi cadangan pengacara lain yang layak dan sesuai menggantikan tempat Azwan untuk episod ketiga nanti. “Rindu la pula pada Azwan Ali. Siapalah yang akan menggantikan dia? Korang (anda) rasa siapa?” tulisnya. Persoalannya siapa yang bakal menggantikan Azwan pada minggu hadapan, ada juga desas-desus mengaitkan nama Ziana Zain, Siti Sarah, Haziq dan Hazama sebagai pengganti.Pihak mStar memilih Azwan untuk dikekalkan dalam program ini berikutan penonton masih belum puas untuk melihat aksi Diva AA itu di atas pentas.Bagaimanapun, jika tempatnya terpaksa diganti, pengacara popular Datuk Aznil Nawawi dan Datuk AC Mizal adalah yang paling sesuai untuk pengacarakan LCK2. LCK2 menampilkan 18 pasangan duet. Program LCK2 merupakan adaptasi program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’ yang bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9 malam, bermula 8 November lalu di TV3. LCK2 dihangatkan lagi dengan penampilan juri cinta iaitu Hael Husaini, Mas Idayu dan Ajai. Program ini menampilkan 36 peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet mengikut pilihan lagu cinta masing-masing di pusingan awal iaitu episod satu hingga tiga. Mereka tidak saling mengenali dan hanya mendengar suara di sesi latihan. Peserta memulakan persembahan nyanyian berduet di dua pentas yang berasingan. Hanya pentas pasangan duet yang mendapat semua undian daripada panel juri cinta akan dicantumkan dan memperolehi peluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!