suria

Sufi Rashid terlibat kemalangan selepas 'COD' tempahan pelanggan - “Tayar meletup... saya tarik kuat stereng elak langgar tebing”

Sufi terbabit kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

PENYANYI Sufi Rashid berkongsi detik mencemaskan apabila tayar kereta miliknya meletup ketika dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 malam, Ahad lalu.

Sufi atau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, 29 berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama isteri dan seorang pekerja menaiki kenderaan jenis Ford Ranger selesai menghantar tempahan pelanggan bagi perniagaan biskut, Krispy Krunchee yang diusahakan bersama isterinya.

Menurut Sufi, akibat kemalangan itu, dia mengalami ketakutan dan menggigil kerana ini merupakan pengalaman pertama berdepan situasi tayar meletup di tengah-tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun pertama perkahwinan, isteri Sufi Rashid berang diminta cepat dapat anak - “Kalau semudah saya beli kucing, esok saya beli baby”

"Kejadian itu berlaku selepas kami menghantar tempahan pelanggan ke Johor Bahru dan ketika pulang keluar dari tol Kulai menghala ke Kuala Lumpur, tetiba kami terdengar letupan yang kuat dari sebelah kanan.

"Di situ mula saya rasa stereng menarik ke sebelah kanan, jadi bagi mengelak kereta melanggar tebing kerana saya berada di laluan paling kanan, saya sedaya upaya menarik stereng ke sebelah kiri dan mujur tiada kereta di sebelah kiri semasa itu.



Perkongsian Sufi di Instagram mengenai insiden tersebut.

"Saya memang tarik kuat stereng tu sehinggakan tangan saya rasa agak sakit. Apapun kami bersyukur sangat tak ada apa-apa yang berlaku mahupun cedera ringan kerana kebiasaannya situasi macam ini kereta mudah terbabas," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Sufi memberitahu kereta tersebut baru dibeli sebulan lalu dan tiada sebarang masalah sepanjang menggunakan kenderaan itu.

Malah, dia sudah menjalankan pemeriksaan terutamanya pada bahagian tayar sebelum memulakan pemanduan.



Sufi baru selesai menghantar tempahan pelanggan dan dalam perjalanan pulang ke KL.

"Saya selalu akan periksa dulu tayar kereta sebelum nak ke mana-mana tetapi kali ini saya suspek tayar ini dah lama walaupun benang masih ada.

"Kereta Ford Ranger ini baru beli tak sampai sebulan dan owner kereta sebelum ini cakap tayar tu tak ada masalah, jadi saya rasa mungkin tayar dah lama dan akui salah saya juga tak periksa dulu walaupun baru beli," jelasnya lagi.

Berita yang dikongsikan penyanyi ini jelas mengejutkan peminat dan rata-rata mendoakan Sufi berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain