suria

Gelanggang Mic ON! dibuka, 12 peserta tunjuk bakat terpendam

M.Nasir dan Mas Idayu berperanan sebagai juri tetap Mic ON!

KONSERT pertama program realiti Mic ON! menyaksikan seramai 12 peserta menunjukkan bakat nyanyian mereka di hadapan juri tetap iaitu penyanyi legenda Datuk M Nasir dan Mas Idayu.

Bertemakan ‘wajib karaoke’, peserta perlu menyanyikan sebuah lagu pilihan mereka sebaik mungkin bagi mendapatkan markah tertinggi untuk layak ke episod hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Program realiti nyanyian 'Mic ON!' selit elemen komedi dalam pertandingan

12 peserta yang bertanding ialah Jiwa, Qmir, Azmi, Habib, Aaron, Sunio, Yad, Herman, Yuzi, Ainnur, Tazrin dan Meerlyn.

M.Nasir berpendapat kesemua peserta sudah beraksi dengan berani dan konsert pertama ini merupakan permulaan yang hebat.

Manakala Mas Idayu pula menilai dari sudut vokal peserta daripada penampilan.

Sunio dapat markah terendah pada konsert pertama.

Kedua-dua juri menekankan kesemua peserta perbaiki persembahan dari segi vokal dan penceritaan di pentas Mic ON!

Pada konsert pertama peserta Sunio yang membawakan lagu Bila Resah nyanyian asal Anuar Zain mendapat markah terendah.

Namun, hos program Nana Mahazan mengumumkan tiada peyingkiran pada minggu pertama.

Tiga pelawak popular iaitu Fad Bocey, Shuk Sahar dan Ropie bertanggungjawab menjadi pengurus 12 peserta ini.

Mic ON! Konsert kedua akan bersiaran pada 27 November pukul 9 malam di Awesome TV, saluran 112, MyTV.

Siaran ulangan boleh ditonton di laman sesawang rasmi Awesome TV, www.awesometv.my dan penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic ON! melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mic ON!, Awesome TV, M Nasir, Mas Idayu,

Artikel Lain