DEBARAN melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke35 (AJL35) semakin dirasai penyanyi lagu Sakit, Zynakal. Zynakal meluahkan rasa gementar apabila ramai peminat yang meletakkan harapan tinggi bahawa lagu itu layak bergelar juara pada pentas berprestij itu nanti. ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii kena 'panic attack' dan berdepan depresi selepas dapat tahu Alif Satar positif Covid-19 - “Saya terkejut dan banyak fikir tentang prosedur swab test” Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli berkata, selain perasaan gementar, mentalnya turut terganggu memikirkan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir. Zyn berkongsi perasaannya itu di Instagram. "Saya nak kongsi sikit apa perasaan saya bila saya terima banyak harapan daripada peminat lagu Sakit. Mulanya saya gembira sehingga saya berada di pentas sebenar SFMM35 dan rasai debaran itu sendiri. "Tapi hari demi hari mengkaji dan mencari... eh salah itu lagu #Terbang. Jadi keliru... 'patut aku happy ke sedih'. Fikiran bercelaru... dengan Covid lagi. Mental mula terganggu... overthinking," kata Zyn. Lagu Sakit nyanyian Zyn bersama Yonniboii selesai membuat persembahan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 pada Sabtu lalu. Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Faizal Tahir, Achey, Shuib serta Sophia Liana memberikan semangat dan mendoakan agar Zyn sentiasa positif. Mulanya saya gembira sehingga saya berada di pentas sebenar SFMM35 dan rasai debaran itu sendiri. ZYNAKAL PENYANYI "Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kau, bro," komen Faizal Tahir. "Just do you Zyn. Menang atau kalah tak menjelaskan apa-apa but growth does. Jangan fikir. Layan saja," tulis Sophia Liana. Sebelum ini, Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SAMM35) yang sepatutnya berlangsung pada 22 November lalu terpaksa ditunda berikutan penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19. Alif mengetahui dirinya dijangkiti wabak tersebut selepas dua hari membuat persembahan lagu I Want You To Love Me di SAMM35 episod pertama. Zyn dan Yonnyboii menyampaikan lagu mereka berjudul Sakit. Susulan itu, semua pihak yang terlibat dalam program tersebut perlu melakukan ujian saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin selama 14 hari. Dalam pada itu, penyanyi berusia 22 tahun ini memberitahu semangatnya kembali bangkit dengan sokongan daripada peminat dan mempercayai perancangan Allah yang indah. "Ish... bangun Zyn! Percaya rancangan Allah itu indah! Alhamdulillah sebab awak yang baca inilah saya #sumpah untuk teruskan perjuangan ini," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!