PENYANYI Yantzen tersingkir di konsert suku akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad. Yantzen yang menyanyikan lagu Segalanya Ku Terima menerima markah terendah iaitu 44.5 peratus menyebabkan dia tidak layak ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan. ARTIKEL BERKAITAN: “Tadi ada lupa lirik ke? Jiwa sedih tu ada tapi...” - Aju tersingkir minggu ketujuh GV7, gagal ke peringkat suku akhir Biarpun juri tetap iaitu Datuk Khadijah Ibrahim memuji tahap penjiwaan Yantzen terhadap lagu tersebut yang disampaikan seperti melalui pengalaman sendiri namun rezeki tidak berpihak kepadanya. Muss mendapat markah tertinggi pada minggu ini. “Penjiwaan awak terhadap lagu itu sangat hebat. Lirik yang disampaikan tadi seolah-olah menggambarkan pengalaman sendiri. Kalau terkena lirik itu pada diri kita, mesti dapat sampaikan dengan baik. Awak lakukan dengan baik, ” katanya. Rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa sedih dengan keputusan penyingkiran tersebut dan berharap Yantzen dapat diselamatkan dengan menggunakan imuniti. Sementara itu penyanyi Muss menerima markah tertinggi iaitu 69.8 peratus diikuti Linda Nanuwil (62.2) dan Ayu Damit (60.9). Kalau terkena lirik itu pada diri kita, mesti dapat sampaikan dengan baik. DATUK KHADTIJAH IBRAHIM JURI TETAP Dalam konsert suku akhir, Noraniza Idris menyanyikan lagu Anak Kampung, Oja (Memori Cinta Luka), Ashira (Nur Kasih), Ayu Damit (Rahsia Pohon Cemara), Cliff Umar (Pesanan Buat Kekasih), Linda Nanuwil (Teringin), Muss dan (Seragam Hitam). Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Khadijah Ibrahim bersama dua juri jemputan minggu ini ialah penyanyi Datuk Syafinaz Selamat serta pengarah Mamat Khalid. GV7 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Anugerah Digi Next Level serta Bintang Cuckoo minggu ini menjadi milik Yantzen. Persembahan Linda dipuji juri. Dalam pada itu, segmen kongsi rezeki menyaksikan keluarga kepada komposer dangdut Allahyarham Ruslan Mamat menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro. Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga. Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!