suria

Marahkan 'Fahad' sampai nak tepuk dahi Saharul Ridzwan - “Sekurang-kurangnya mereka sedar penting batas pergaulan dengan ipar”

Saharul digandingkan dengan Nelydia dan Hannah dalam drama Cinta Sekali Lagi.

WATAK Fahad menerusi drama Cinta Sekali Lagi yang dilakonkan oleh pelakon Saharul Ridzwan berjaya mengundang kemarahan penonton.

Biarpun watak tersebut dikecam, Saharul, 31, bersyukur kerana mesej yang cuba disampaikan dapat difahami sekaligus memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana mengenai pergaulan antara ipar.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Saharul Ridzwan menangis terima kejutan, tak sangka dapat hadiah kereta - “Dia suruh siap-siap tadi sebab nak rekod video review”

Malah, Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim juga mendedahkan dia menerima banyak mesej di laman sosial yang berkongsi pengalaman sama seperti jalan cerita drama tersebut.



Saharul berkongsi komen penonton mengenai wataknya.

"Sebenarnya saya dah dapat jangka episod berapa saya akan kena kecam. Jadi tak hairan la bila kena kecam kerana itu menunjukkan mesej dalam drama itu berjaya difahami.

"Jalan cerita ini bukan baharu, cuma ramai kat luar sana yang mengambil remeh hubungan dengan ipar.

"Jadi bila netizen emosi tengok drama ini, sekurang-kurangnya mereka sedar betapa pentingnya batas pergaulan dan hubungan dengan ipar.

"Ramai yang berkongsi cerita menerusi DM kepada saya bahawa mereka juga lalui benda yang sama," kata Saharul kepada mStar.

Saya rasa mereka sedar betapa pentingnya batas pergaulan dan hubungan dengan ipar.

SAHARUL RIDZWAN

PELAKON

Sebelum ini, Saharul menerusi laman Twitter berkongsi status seorang penonton yang meluahkan rasa geram terhadap watak Fahad sehingga mahu menepuk dahi pelakon tersebut.

Drama arahan pengarah Pali Yahya itu turut dibintangi oleh Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan Raja Afiq.

Dalam pada itu, Saharul memberitahu dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama melibatkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan berjudul Skuad JPJ.



Saharul kini menjalani penggambaran drama Skuad JPJ.

Menurut Saharul, dia dan semua pihak yang terlibat dalam drama tersebut sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Alhamdulillah, saya banyak menerima tawaran berlakon. Sekarang saya tengah jalani penggambaran drama yang turut melibatkan anggota JPJ juga.

"Walaupun saya menjalani penggambaran dalam waktu PKPB, saya rasa ia tak jadi masalah kerana semua patuh dengan SOP yang ditetapkan.

"Kalau bukan scene saya, saya akan duduk jauh. Selalunya tunggu dalam kereta sehingga sampai scene saya, baru keluar," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain