suria

Zulin Aziz minta masyarakat tak pandang serong pesakit Covid-19 dan pemilik gelang 'pink' - “Jangan pulaukan... mereka bukan penjenayah!”

Zulin sedih melihat pesakit Covid-19 dilayan seperti penjenayah.

PELAKON Zulin Aziz meminta masyarakat tidak memandang serong kepada pesakit Covid-19 atau individu yang memakai gelang 'pink'.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, pesakit yang dijangkiti wabak tersebut lebih memerlukan sokongan moral disebabkan emosi mereka terganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Alif Satar mengaku emosi terganggu, sudah siap kemas baju tunggu ambulans - “Jika saya dapat keputusan berbeza dengan anak-anak, apa jadi pada mereka?”

Malah, Zulin yang kini menjalani kuarantin selama 14 hari di rumahnya mengajak semua orang mendoakan agar wabak yang melanda seluruh dunia itu berakhir dengan cepat.



Zulin tampil menjelaskan perkara itu di laman sosialnya.

"Pesakit yang positif Covid-19 bukan penjenayah, yang pakai gelang pink pun bukan penjenayah. Tak perlulah kita nak pulaukan mereka. Bukan masanya nak salahkan mana-mana pihak.

"Jadi, sekarang ini berikan sokongan moral. Emosi mereka sangat terganggu. Ada yang kena halau dari rumah dan ada yang sampai tak nak kawan dengan mereka.

"Sepatutnya doa yang baik-baik. Doakan supaya dijauhkan dari Covid-19, sembuhkan semua pesakit Covid dan hapuskan virus Covid dari dunia ini.

Terlalu ramai masyarakat yang terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19.

ZULIN AZIZ

PELAKON

"Mereka sangat perlukan sokongan dan doa. Tolonglah, pesanan saya... pesakit Covid-19 bukan penjenayah. Yang penting jaga kesihatan, minum air kosong dan pakai face mask ketika berada di luar," katanya.

Bekas penyampai radio Suria FM itu berkongsi perkara tersebut menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Zulin antara kontak rapat kepada selebriti terkenal Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu.



Alif yang dijangkiti Covid-19 menerima rawatan di Hospital Melaka.

Biarpun keputusan ujian saringan Covid-19 pertama Zulin disahkan negatif namun dia masih perlu menjalankan kuarantin selama tempoh dua minggu.

Dalam pada itu, pelakon telefilem My Sweet Madu ini menyedari ramai pesakit Covid-19 terkesan dan memerlukan kata-kata semangat daripada orang sekeliling.

"Terlalu ramai masyarakat yang terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19. Sama-sama kita buka minda, beri mereka semangat, doa dan kita jaga kita. Come on Malaysia... we can do this," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain