suria

“Sheila... get out!” - Freddie Fernandez desak Sheila Majid letak jawatan, nak jumpa PM jika isu royalti tak selesai

Sidang media dihadiri penyanyi Ito Mohd (kiri), Datuk Khatijah Ibrahim, Freddie Fernadez dan Raffi.

KEMELUT antara persatuan seni dengan Pengerusi, Recording Performers Malaysia (RPM) Datuk Sheila Majid masih tidak berkesudahan apabila Presiden, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez merancang untuk bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan isu berkaitan royalti artis.

Freddie, 67, berkata, ia adalah jalan terakhir yang akan dilakukan sekiranya kemelut mengenai isu berkenaan tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Artis Hanya Dapat RM400, Prism Berhad Gagal Agih Royalti

"Saya sudah lawan mengenai perkara ini selama 20 tahun dan ini kali terakhir saya akan berusaha untuk menyelesaikannya, kalau saya gagal saya akan lompat dalam laut.

"Baik Sheila (Datuk Sheila Majid) atau ahli perlu letak jawatan, get out! Jika tidak, saya akan gunakan saluran untuk berjumpa dengan Perdana Menteri dan menerangkan tentang masalah ini.

"Lagipun beliau (Muhyiddin) juga mempunyai seorang anak yang juga penyanyi, ” kata Freddie kepada mStar.

Saya juga sudah 50 kali suruh Sheila letak jawatan.

FREDDIE FERNANDEZ

PRESEDENT KARYAWAN

Freddie ditemui pada sidang media berkenaan isu royalti artis di pejabat Karyawan, di Petaling Jaya, pada Isnin.

Dalam pada itu, Freddie turut menggesa, Datuk Sheila Majid agar segera meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi, Recording Performers Malaysia (RPM) dan bertanggungjawab dalam kemelut ini.

Tambah Freddie, seramai 114 artis yang juga ahli RPM sudah menandatangi petisyen agar penyanyi itu tidak memegang jawatannya.



Sheila Majid

“RPM macam tidak bermaya, jarang buat kenyataan kepada ahli tentang royalti. Saya juga sudah 50 kali suruh Sheila letak jawatan.

“Namun, dia kata takkan buat apa-apa kenyataan sehingga penyiasatan SPRM habis dan mungkin akan ambil masa hingga dua tahun, ” ujarnya.

Pada Rabu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

Antara pejabat yang diserbu adalah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Serbuan dibuat susulan maklumat daripada Presiden Karyawan itu berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan persembahan awam atau 'public performance' di mana royalti yang dikutip ini tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain