NIAT dihati ingin memuji namun secara tidak sengaja seorang peminat membuatkan Siti Elizad berasa sedih gara-gara tersalah teka usia aktres tersebut. Menerusi perkongsian Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, individu berkenaan menyangka penyampai radio Sinar FM itu berusia lingkungan 40-an. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad dikritik kerap kongsi rawatan IVF, netizen nasihat banyakkan ibadah - “Tak perlu upload doa atas sejadah... itu rahsia saya dengan Allah” "Lawa Elizad nampak seperti kakak walaupun dah 40 series. Untung suami," tulis individu tersebut menerusi kiriman mesej di laman Instagram milik Elizad. Siti Elizad berkongsi mesej peminat yang memujinya namun salah teka usia. Biarpun tidak mengambil mesej itu secara serius, namun pelakon berusia 36 tahun ini mengakui dia berasa sedih. Kata Elizad, disebabkan itu juga dia bertanya pelbagai soalan kepada suami iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman berkaitan penampilannya. "Murung saya pagi ini bila baca DM tu, penat saya pakai macam-macam, tiba-tiba bila baca macam tu terasa diri ni dah tua pula. Dia ada DM minta maaf, sebenarnya saya tak marah pun cuma saja rasa nak berkongsi. SITI ELIZAD PELAKON "Saya terus tanya suami, saya ni nampak tua ke... suami berhasrat nak cari yang lebih muda ke. Tak fasal-fasal suami saya pula yang kena soal. "Suami saya tak tahu cerita sebab dia tak ada Instagram. Jadi, dia pun pelik bila saya asyik tanya yang bukan-bukan pagi semalam," kata Elizad kepada mStar. Dalam pada itu, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga ini memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah dan individu tersebut juga sudah memohon maaf kepadanya. Suami jadi mangsa Siti Elizad tanya soalan. "Dia ada DM minta maaf, sebenarnya saya tak marah pun cuma saja rasa nak berkongsi. Ikutkan dia nak kata saya nampak cantik dan muda tetapi dia tak pasti umur saya berapa sebenarnya. "Biasa la kadang-kadang soal umur ini jadi sensitif sikit sebab tak nak rasa diri dah tua. Jabatan netizen ni biasa la, ada saja yang akan menghiburkan kita walaupun kadang-kadang itu sakit hati juga," ujarnya. Elizad turut mendedahkan dia ada menerima banyak DM terutamanya daripada peminat yang kelakar sehingga membuatkan dirinya terhibur Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!