NAMA Afif Tirmizie mula menjadi perhatian selepas menyampaikan lagu Tentang Rahsia menggantikan penyanyi Judika di episod kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada 21 November lalu. Malah lagu terbaharu Afif, 34, berjudul Maaf yang merupakan runut bunyi drama bersiri popular Perempuan Tanpa Dosa juga mula mendapat tempat di hati pendengar. ARTIKEL BERKAITAN: Nukilan masih wujud, tunggu lagu Malique ARTIKEL BERKAITAN: Afif AF9 Aktif Gubah Lagu Sendiri, Ditawar Berlakon Menurut bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) ini, single tersebut dihasilkan dalam masa lima hari selepas pelakon utama drama tersebut iaitu Kamal Adli meminta lagu daripadanya. "Lirik dan lagu saya hasilkan sendiri. Idea dan inspirasinya tercetus selepas saya melihat satu kejadian depan mata yang tular. Nama Afif dikenali selepas persembahan di SFMM35. "Proses menghasilkannya tidaklah lama sangat nak siapkan lagu ini sekejap saja. Kamal bertanya, ada tak lagu yang boleh diguna pakai untuk drama lakonannya, jadi saya siapkan lagu itu dalam masa lima hari. "Cabaran paling susah tentu sekali masa yang diberikan kepada saya amat singkat. Tapi Alhamdulillah, urusannya dipermudahkan dengan bantuan pasukan saya, Payung dan Pedang. "Kami bertungkus lumus untuk siapkan dari petang sampai ke pagi di studio. Selepas hantar demo, risau juga kalau tidak menepati permintaan tapi mujur mereka suka," katanya kepada mStar. Cabaran paling susah tentu sekali masa yang diberikan kepada saya amat singkat. AFIF TIRMIZIE PENYANYI Drama arahan pengarah Michael Ang yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad itu tamat pada Isnin lalu selepas sebulan ditayangkan di Astro Ria. Berkongsi mengenai lirik yang penuh emosi, Afif memberitahu mesej yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut mengenai manusia yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. "Jalan cerita dalam lagu ini berkenaan situasi tengah bersalah, tengah berdosa, tak kisah kepada siapa, kepada kekasih, isteri, ibu bapa, atau orang tersayang. Afif harap pendengar dapat memahami mesej dalam lagu tersebut. "Tapi daripada perspektif saya, si lelaki meminta maaf kepada kekasihnya disebabkan sudah berulang kali melakukan kesilapan seperti curang, abaikan perempuan itu, dan hal lain. "Mesej yang ingin saya sampaikan adalah sesetengah orang sukar untuk mengucap kata maaf meskipun memang tahu dirinya bersalah. "Tapi dalam apa jua keadaan, sebaiknya mohonlah kemaafan itu untuk berbaik. Setiap manusia melakukan kesilapan tapi minta maaf la bagi menjernihkan perhubungan," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!