suria

Isteri yakin Aliff Syukri jadi mangsa ‘tikam belakang’ gara-gara terlalu baik dengan orang - “Saya belajar dengan apa yang jadi”

Nur Shahidah akan lebih berhati-hati dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku membabitkan keluarganya.

ISTERI kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah mengambil iktibar atas pelbagai isu dan kontroversi yang timbul membabitkan suaminya sebelum ini.

Menurut Shahidah, apa yang berlaku berpunca daripada sikap mereka yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar.

Meskipun berdepan dengan pelbagai isu panas, Shahidah berkata mereka menerima dugaan itu dengan hati terbuka dan menganggap ia ujian dari Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki... awak nak harap duit bantuan sampai bila?” - Aliff Syukri

"Sebenarnya saya belajar apa yang jadi... bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikam belakang.

"Saya anggap ujian ini adalah Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!" katanya membalas komen salah serang pengikut di laman Instagram.



Shahidah jawab komen seorang pengikut.

Dalam komen tersebut, netizen meminta Shahidah lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak.

"Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan Datin. Tolong jangan jadi baik sangat lepas ni... sedih tengok lepas satu-satu," tulis pengikut itu.

Sebelum ini, nama Aliff Syukri tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan pelbagai isu hangat.

Terbaharu, seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.



Shahidah sentiasa berada di belakang suami berdepan ujian dan dugaan.

Dalam sidang media pada Jumaat, Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram menganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.

Pengasas dan pemilik D'Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan oleh usahawan kosmetik itu pada Isnin ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain