suria

“Ya saya mengandung lagi!” - Bersalin anak keempat tahun lalu, Ayu Raudhah umum hamil cahaya mata kelima

Ayu Raudhah umum hamil anak kelima pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

SELEPAS melahirkan anak keempat Februari tahun lalu, pelakon Ayu Raudhah berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil anak kelima.

Ayu atau nama sebenarnya, Raudhah Che Wan @ Abu Bakar menerusi laman Instagramnya mengumumkan perkara itu pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-36 baru-baru ini.

Isteri bintang bola sepak, Mohamad Zaquan Adha Radzak, 33, muat naik beberapa foto pada majlis berkenaan beserta tanda pagar #yesimpregnantagain (ya, saya mengandung lagi).

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan saya seorang saja yang perasan!” - Ayu Raudhah setuju penampilan Zaquan Adha mirip Shah Rukh Khan

Ayu bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungannya namun menerusi perkongsian gambar itu jelas kelihatan baby bump Ayu yang semakin membesar.

Perkongsian Ayu Raudhah mengenai berita kehamilannya di Instagram.

Aktres itu sebelum ini pernah mendedahkan suaminya menginginkan anak ramai agar dapat memberikan keceriaan kepada keluarga besar mereka.

#yesimpregnantagain (ya, saya mengandung lagi)

AYU RAUDHAH

PELAKON

Pada majlis sambutan ulang tahun hari lahirnya yang bertemakan warna hitam dan kuning itu, Ayu turut mengundang rakan-rakan rapatnya bagi memeriahkan majlis tersebut.

Rumah tangga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha diserikan dengan kehadiran 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Ayu dan Zaquan berkahwin di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari 2011.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3, dan Muhammad Aisy Al-Khaliq, setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain