suria

Air mata Aishah gugur lagi... doa 'Aku Bidadari Syurgamu' layak ke AJL35 dimakbulkan - “Anda pun tahu haru biru persembahan saya malam tu...”

Aishah menangis kerana lagu Aku Bidadari Syurgamu.

PENYANYI Aishah menitiskan air mata apabila mengetahui lagu nyanyiannya semasa separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) berjudul Aku Bidadari Syurgamu berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL35), tahun depan.

Aishah berkata dia akan berdepan tugas berat untuk menyanyikan lagu itu di AJL35 kelak, lebih-lebih lagi selepas persembahannya semasa SFMM35 menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

"Malam ini gugur lagi air mata saya, gembira untuk komposer dan penulis lirik Aku Bidadari Syurgamu. Air mata ini juga mengenangkan sama ada adakah pisang akan berbuah dua kali?

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz minta penonton tak salahkan Aishah, fikir perasaan orang lain! - “Dia hanya ganti bukan nak berlawan dengan Tokti”

"Berat... Allah SWT sahaja yang tahu tapi saya yakin doa orang teraniaya tiada hijabnya, hanya dia yang tahu segalanya.

"Tahniah komposer Ippo Hafiz dan penulis lirik Siti Rosmizah Semail karya Aku Bidadari Syurgamu mara ke AJL35," katanya menerusi laman Instagram.



Aishah tulis luahan di Instagram.

Lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu antara 12 lagu yang layak ke pentas AJL35 yang dijangka akan berlangsung pada awal tahun depan.

Lagu lain yang turut layak ialah Hati nyanyian Hael Husaini, Peluang Kedua (Nabila Razali) Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita), Eh (Zizi Kirana), Gundah (Ernie Zakri) dan Gila (Kaka Azraff, Loca B, Noki).

Mula-mula dengar lagu ni, memang banyak kali air mata jatuh terutamnya bahagian... seandainya aku yang pergi dulu!

AISHAH

PENYANYI

Selain itu, Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Semalam (Aina Abdul), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta) dan Kau Sakiti (Amir Masdi).

Sementara itu, juara program Gegar Vaganza musim keempat ini berkata dia sering menangis apabila mendengar lagu Aku Bidadari Syurgamu itu kerana teringatkan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri.



Ippo Hafiz pilih Aishah menggantikan Siti Nurhaliza.

"Banyak makan air mata saya dengan lagu ni. Mula-mula dengar lagu ni, memang banyak kali air mata jatuh terutamnya bahagian 'Seandainya aku yang pergi dulu...' saya selalu cakap benda yang sama kepada abang (suami). Kenapa saya kata begitu kerana seorang isteri yang pergi dulu dalam keredaan, doa dan keampunan suaminya sangat mudah jalannya ke syurga.

"Anda pun tahulah segala haru biru selepas persembahan saya dalam lagu ini yang membuatkan lebih banyak air mata saya yang jatuh ke bumi. Air mata yg jatuh tak bererti lemah, sekadar mengingatkan kita yang kita hanya manusia yang ada hati dan perasaan," ujarnya.

Pada 21 November lalu, Aishah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi asal Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi penonton termasuklah komen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik dan tiada penjiwaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain