suria

Hafreez Adam pernah putus asa jadi pelakon, dah umum berhenti kerana rasa tidak berbakat - “Saya minta Allah tunjuk jalan sehinggalah menang ABPBH”

Hafreez Adam pernah berputus asa pada awal pembabitan sebagai seorang pelakon.

PELAKON Hafreez Adam mengakui perjalanan karier seninya bukan mudah kerana pernah berputus asa sehingga mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan kerjaya dalam bidang ini.

Semasa awal-awal pembabitannya dahulu, Hafreez, 30, berkata dia berdepan tekanan dan merasakan dirinya tidak layak bergelar seorang pelakon kerana kurang ilmu lakonan.

Bagaimanapun, pelakon drama ini Puteri Yang Ditukar ini membatalkan niatnya itu selepas memenangi satu anugerah hiburan dan menganggap ia petunjuk daripada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam dedah pernah berdepan depresi hingga cederakan diri sendiri - “Aku sudah tidak waras, botakkan sebelah kepala kerana marah... kerana kemurungan”

"Pernah rasa nak berhenti pun dulu. Siap dah buat pengumuman dekat Instagram, ini masa awal-awal berlakon dulu. Saya ingat saya stres sangat sebab rasa tak bagus berlakon dan tak boleh nak sesuaikan diri dalam industri.

"Saya selalu rasa bersalah sebab ada kawan-kawan dalam industri yang struggle bertahun untuk dapatkan watak besar tapi tak dapat walaupun sangat berbakat. Jadi saya rasa macam tak layak dan macam sekat peluang orang lain yang memang terbukti berbakat, ilmu saya sangat sikit masa masuk dalam industri.



Hafreez jawab pertanyaan peminat di Instagram.

"Saya berdoa minta Allah tunjuk jalan sama ada perlu teruskan atau berhenti. Selang dua hari, saya menang ABPH tahun 2016 untuk kategori Artis Baharu Lelaki. Masa itu saya ambil ia sebagai petanda dari Allah, ini adalah laluan saya, rezeki saya cuma perlu kuat dan niat kena sentiasa betul. InsyaAllah dipermudahkan," katanya menjawab soalan seorang peminat di Instastory.

Pernah rasa nak berhenti pun dulu. Siap dah buat pengumuman dekat Instagram.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Finalis Hero Remaja 2012 ini turut berkongsi pengalaman menyedihkan sepanjang bergelar seorang pelakon apabila bapanya meninggal dunia ketika dia sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah telefilem pada Oktober 2019.

"Tak boleh lupa shooting dengan satu production ni, bila arwah ayah meninggal saya sedang penggambaran telefilem dan jadual agak padat. Ayah saya meninggal awal pagi, saya beritahu production saya boleh datang set cuma bagi selesaikan urusan pengebumian arwah sahaja kemudian saya akan terus ke set tapi mereka putuskan untuk cuti hari itu.



Hafreez teruskan bidang seni selepas memenangi kategori pelakon baharu lelaki popular di ABPBH pada tahun 2016.

"Saya rasa bersalah dah sebab mengganggu jadual orang lain, esoknya saya kena datang set untuk habiskan shooting, calltime (waktu menunggu) pukul 7 pagi tak silap di area Kuala Selangor, saya dan heroin sampai on time.

"Team lain sampai dalam pukul 9 pagi, kemudian melewa-lewa mula shoot pun lewat nak dekat tengahari dan habis pun lewat. Walaupun tahu hari tu ada majlis tahlil untuk arwah... saya rasa orang itu tak sensitif!" ujarnya.

Pada Mei lalu, Hafreez mendedahkan dia pernah berhadapan dengan masalah kemurungan sekitar tahun 2013 dan berkongsi semula pengalaman itu dengan tujuan dapat membantu orang lain yang mengalami masalah yang sama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain