suria

Isteri Rody Kristal kini berhijab, minta tudung dari adik-beradik elak membazir - “Saya minta yang tak guna, sekarang harga boleh tahan”

Niena sarung tudung pemberian adik-beradiknya dalam proses membiasakan diri.

TAMPIL dengan imej berhijab sejak minggu lalu, isteri kepada vokalis kumpulan Kristal, Rody iaitu Nur Izwani Azman berkata dia enggan melakukan pembaziran dalam mencari identiti baharunya itu.

Justeru itu, Izwani atau lebih dikenali Niena berkata dia hanya menggayakan tudung pemberian adik-beradiknya dalam proses membiasakan diri dengan imej tersebut.

"Nasib ada adik-beradik perempuan yang lain, bila terdetik nak pakai tudung... pertama sekali tanya dia orang sebab nak minta semua tudung yang dia orang tak guna.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pertama usia setahun, isteri Rody (Kristal) hamil lagi - “Dulu tanya bila nak kahwin... sekarang amboi lajunya, kenapa dekat sangat?”

"Kita elakkan pembaziran, sekarang tudung boleh tahan harganya, bila kita dapat cari identiti yang sesuai barulah kita shopping. Tak gitu Rody?

"A pretty face gets old, a nice body will change but a good heart will always remain #masihmencari," tulisnya di laman Instagram.

Alhamdulillah... semoga keluargaku dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok!

RODY KRISTAL

PENYANYI

Menerusi Instagram, Rody meluahkan rasa syukur dengan penampilan baharu isterinya itu baru-baru ini.

"Alhamdulillah... moga keluargaku dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok," katanya sambil berkongsi foto terkini bersama keluarga.

Perkongsian mereka itu menerima pujian dan disambut baik oleh peminat yang mendoakan supaya Niena terus istiqamah dengan penampilan menutup aurat itu.

Perkongsian Niena di Instagram terima pujian ramai pengikut.

"Alhamdulillah... segala puji bagi Allah! Cantik berseri lepas bertudung, semoga terus istiqamah ya sis.

"Terbaik, semoga boleh menjadi dakwah untuk kawan-kawan Niena yang lain... nampak manis bila bertudung!" komen pengikut.

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain