suria

Ara Johari buka kedai makan di Kampung Baru, persediaan sebelum susah - “Dah tua nanti tak tahu cukup kuat lagi ke nak menyanyi”

Ara Johari masak sendiri untuk jaga kualiti makanan yang dijual.

MENGAKUI pendapatan terjejas disebabkan Covid-19, penyanyi Ara Johari kini mahu memberikan lebih fokus terhadap perniagaan makanan yang sedang diusahakannya.

Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 23, dia akan membuka sebuah gerai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pertengahan bulan depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari kurung diri dalam rumah, tertekan dituduh ‘kaki mabuk’ - “Rasa macam orang asyik cakap benda itu saja... saya jadi takut”

Memfokuskan terhadap masakan Negeri Sembilan, Ara sendiri akan mengendalikan bahagian masakan lauk-pauk agar kualiti kedainya akan terjaga.

"Kita bukan selamanya akan menyanyi, takut nanti sesuatu yang buruk berlaku pada suara saya.

Selain menyanyi Ara juga mempunyai minat dalam bidang masakan.

"Saya tengok sekarang memang ramai artis terjejas sebab Covid-19. Untuk kelangsungan hidup, saya mesti kena ada back up plan sebab kita tak tahu bila akan zero case.

"Sebelum jadi lebih teruk, baik saya buka kedai makan untuk menjana pendapatan.

"Saya sendiri akan monitor perniagaan ini untuk dua bulan pertama, saya sendiri akan masak sebab tak percaya orang lain masak. Mungkin lepas dua bulan beroperasi, baharu saya boleh suruh orang lain masak," katanya kepada mStar.

Kita bukan selamanya akan menyanyi, takut nanti sesuatu yang buruk berlaku pada suara saya.

ARA JOHARI

PENYANYI

Ditanya adakah dia membuat persediaan ini sebagai mengambil pengajaran di atas kehidupan selebriti veteran yang kebanyakannya menjalani kehidupan yang agak sukar, penyanyi lagu Bunga itu berkata dia mengambil langkah tersebut untuk kebaikan diri sendiri.

Ara sudah merancang masa hadapan di usia muda.

"Saya tidaklah ambil tahu sangat pasal kisah penyanyi dahulu tapi kalau fikir logik kita bukan selamanya menyanyi.

"Dah tua nanti kita tak tahu ada masalah sakit ke, kita cukup kuat lagi ke untuk menyanyi. Itu yang saya buat persediaan daripada sekarang.

"Walaupun dah buka kedai makan, saya tetap akan seimbangkan kerjaya nyanyian macam biasa," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain