suria

Gosip cinta dengan Hun Haqeem? Ayu Puteh sedar ramai artis nak ‘try’ Wanna Ali - “Ramai gilakan dia tapi zaman sekarang no money no cinta!”

Ayu Puteh percaya Wanna bijak dalam menentukan pasangan hidup.

KESERASIAN pasangan pelakon Hun Haqeem dan Wanna Ali dalam drama Angkara Cinta menerima pujian penonton sehinggakan ada yang berharap mereka menjalinkan hubungan cinta luar lokasi.

Melihat keterujaan peminat mahu mereka disatukan sebagai pasangan kekasih, ibu kepada aktres itu iaitu Datuk Ayu Puteh berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menentukan masa depan mereka termasuklah soal jodoh.

"Biasalah gosip... tak tahulah sebab yang nak memilih tu nanti Wanna. Saya serahkan sepenuhnya pada Wanna, biarlah mereka fikir apa yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali takut dihimpit sebab nak ‘job’ daripada ibu - “Sesetengah orang dalam industri ini macam fake!”

"Sebelum ini pun pernah timbul gosip Wanna dengan PU Riz kerana bergandingan dalam filem Ada Apa Dengan Dosa, tapi sebenarnya mereka dah macam adik-beradik... tak bercinta pun.

Barisan pelakon drama Angkara Cinta; Dari kiri Meerqeen, Wanna Ali dan Hun Haqeem.

"Tentang jodoh, kita tak tahu... mungkin artis atau bukan artis, saya sedar artis pun ramai cuba-cuba nak dekati Wanna. Kalau Wanna tu bukan anak produser sekalipun ramai yang gilakan dia," katanya kepada mStar.

Selain Wanna dan Hun Haqeem, Angkara Cinta turut dibintangi oleh Meerqeen, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Alif Muhaimin dan Nina Juren.

Angkara Cinta arahan Michael Ang ditayangkan di Astro Prima pukul 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung kan? Zaman sekarang ni no money no cinta!

DATUK AYU PUTEH

IBU WANNA ALI

Sementara itu, Ayu yang juga pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records percaya anak gadisnya berusia 23 tahun itu mampu berfikir secara matang dalam mencari teman hidup.

"Kalau tanya saya sebagai ibu semestinya saya nak anak berkahwin dengan orang yang ada kerja tetap, ada gaji supaya masa depan anak kita terjamin. Bidang perniagaan ini ada turun naik, masa kita susah nanti tak ada orang nak tolong.

Ayu Puteh dan suami, Aiman beri kebebasan kepada anak-anak mencari jodoh.

"Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung? Zaman sekarang ni no money no cinta! Saya percaya Wanna lebih pintar dan bijak menentukan pilihan hatinya, dia melihat sendiri perjalanan hidup saya sebelum ini.

"Apa-apa pun semuanya berbalik pada jodoh... kalau dah tertulis dia bercinta dengan artis, itu jodoh dia. Cuma setahu saya Wanna mungkin akan cari orang yang ada masa depan yang cerah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain