suria

Neelofa hanya ketawa baca komen buruk, mengaku minat kumpulan Ateez (Kpop) - “Selepas dah tengok cerita-cerita negatif tu, saya terus move on”

Hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan dilanda badai.

PELUANG yang diberikan pengacara dan usahawan Neelofa kepada netizen untuk bertanya apa sahaja soalan kepadanya menerusi Twitter ternyata tidak dilepaskan begitu sahaja.

Lebih-lebih lagi ketika isu hubungannya dengan Pencetus Umah (PU) Riz hangat menjadi bualan ramai hingga muncul pelbagai fitnah dan spekulasi tidak berasas.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa nafi terkena buatan minyak pengasih, ‘transfer’ duit kepada PU Riz - “Keluarga kami dalam proses perbincangan cari titik penyelesaian”

Antara yang menarik perhatian Neelofa sendiri ialah mengenai bagaimana dia berhadapan komen negatif.

"Sejujurnya... kebiasaannya saya hanya gelakkan sahaja. Tidak simpan sebarang perasaan marah atau apa-apa pun sebab ia tidak benar, jadi kenapa nak ambil hati?

Neelofa menjawab pertanyaan peminat di Twitter.

"Selepas dah baca cerita-cerita negatif itu, saya akan terus move on," katanya.

Neelofa menjawab pertanyaan pemilik akaun @nsyafdrs yang ingin tahu bagaimana dia berhadapan dengan kisah-kisah negatif selama ini.

Sejujurnya, kebiasaannya saya hanya gelakkan sahaja. Tidak simpan sebarang perasaan marah atau apa-apa pun sebab ia tidak benar, jadi kenapa nak ambil hati?

NEELOFA

PENGACARA, USAHAWAN

Sementara itu menerusi slot pertanyaan terbuka berkenaan, Neelofa turut berkongsi mengenai kumpulan Kpop yang diminatinya.

Kata Neelofa, dia meminati kumpulan Ateez yang dianggotai lapan jejaka.

Pendedahannya mengenai kumpulan berkenaan mengundang pelbagai reaksi lucu netizen yang ada antaranya mengakui tidak mengenali siapakah Ateez.

Neelofa menjelaskan pelbagai spekulasi melibatkan dirinya pada Ahad lalu.

Nama Neelofa kembali hangat diperkatakan selepas hubungannya dengan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dikatakan dilanda badai.

Hal itu terjadi selepas adik-beradik bekas pengacara MeleTOP itu asyik berkongsi status berbaur sindiran di media sosial yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Walau bagaimanapun, Neelofa tampil dengan video penjelasan pada Ahad lalu menafikan dakwaan dia kononnya terkena minyak pengasih selain sudah bernikah dengan PU Riz secara senyap di Kelantan bagi menjawab spekulasi yang telah ditimbulkan oleh netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain