suria

Mawar Rashid selamat bersalin anak kedua, pilih nama Raden Seri Rosabella Cinta

Raden Seri Rosabella Cinta nama anak kedua Mawar Rashid.

PELAKON Mawar Rashid selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, pada pagi Sabtu.

Suami Mawar, Raf Yaakob berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya dan memaklumkan isterinya melahirkan anak perempuan yang diberi nama Raden Seri Rosabella Cinta secara normal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam tak suka anak tapi sibuk bunting lagi!” - Mawar Rashid beristighfar dituduh malas jaga zuriat sendiri, lepas tangan kepada ‘maid’

"Syukur Alhamdulillah, anak perempuan kami telah pun selamat dilahirkan. Ibu dan anak dalam keadaan baik.

"Mawar selamat melahirkan Raden Seri Rosabella Cinta secara normal. Saya sangat bangga dengan awak, cinta hatiku, Mawar," katanya.



Keluarga bahagia Mawar Rashid.

Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Raden Muhammad yang kini berusia dua tahun.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain