HAMPIR tiga tahun berehat dari bidang seni, pelakon Izreen Azminda kini kembali memeriahkan semula industri hiburan dengan kemunculan drama terbaharunya, Hadiah Dari Tuhan. Menurut Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 36, dia mengharapkan kemunculan semulanya itu tidak lagi dikaitkan dengan kisah-kisah hangat mengenai kehidupan rumah tangganya seperti sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda akui hidup lebih bahagia selepas maafkan orang lain - “Jangan terlalu menghitung salah dan dosa orang” "Suami beri keizinan saya untuk berlakon semula, bukan apa saya sebenarnya gian nak berlakon balik. Itu memang minat saya. "Saya harap dengan kemunculan semula saya dalam bidang lakonan ini, orang di luar sana dah tak perlu nak ungkit kembali benda yang dah lepas (kisah rumah tangga). "Semua dah move on dengan kehidupan sekarang, masing-masing dah bahagia. "Saya cuma harapkan orang ramai di luar sana mendoakan kebahagiaan semua pihak," katanya kepada mStar. Suami memberi keizinan untuk Izreen Azminda kembali aktif berlakon. Walaupun sudah kembali aktif, Izreen tetap selektif dalam menerima tawaran kerja yang bersesuaian dengan dirinya. Memahami tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu, Izreen akan mempertimbangkan tawaran yang tidak memerlukannya dia terlalu lama berada di set penggambaran. "Walaupun saya dah kembali semula dalam bidang ini tapi saya kena jadi lebih selektif. "Sekarang dah tak boleh shooting lama-lama sangat sebab ada anak kecil. Kalau dulu, sampai awal pagi masih ada lagi di set penggambaran. Semua dah move on dengan kehidupan masing-masing sekarang, masing-masing dah bahagia. IZREEN AZMINDA PELAKON "Tapi, saya faham kalau waktu penggambaran itu terpaksa dilanjutkan kalau ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan seperti hujan.. itu tidak mengapa. "Apa-apa pun yang penting kita kena saling bertolak ansur dengan pihak produksi, semua kerja akan jadi mudah," katanya. Nama Izreen sebelum ini hangat diperkatakan selepas kahwin secara senyap-senyap dengan pemuzik, Ude Wahid tanpa pengetahuan bekas madunya, Intan Saleh. Izreen dan Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara, Selangor. Izreen kini bahagia bersama suami dan anak-anak. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Muhamad Adrian Umar, 8 tahun. Sementara itu, Izreen kini tampil dengan drama terbaharu lakonannya, Hadiah Dari Tuhan yang menceritakan tentang sekumpulan petugas barisan hadapan dalam berhadapan liku-liku kehidupan seharian mereka. Selain Izreen, drama arahan Fairuz Loy itu turut dibintangi Riena Diana, Amy Mastura, Syafi Tee, Elisya Sandha, Ashraf Muslim dan Sophia Barakbah. Ia ditayangkan di slot Lestary pada setiap hari Rabu hingga Sabtu bermula 30 Disember lalu, pukul 9 malam di TV3. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!