suria

Selepas pendedahan seorang gadis, Ziela Jalil mengaku sudah bergelar isteri kedua pengerusi masjid - “Siapa saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi”

Ziela bersama suaminya, Datuk Syed Osman Al Habshee.

TEKA-teki mengenai status terkini pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil akhirnya terjawab selepas dia mengakui sudah kembali bergelar isteri sejak dua tahun lalu.

Ziela membuat pendedahan itu selepas seorang wanita di laman Twitter mendakwa dia adalah isteri nombor dua bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Curi barang peribadi bernilai RM520,000, pembantu rumah Ziela Jalil dipenjara lapan bulan

Enggan terus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan netizen, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil, 51, tampil menjelaskan perkara sebenar.

Ziela Jalil mengaku sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.

"Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.

"Sejujurnya, saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Pun begitu, saya bersikap positif dengan melihat tindakannya sebagai satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba."

Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.

ZIELA JALIL

PELAKON, PENERBIT

"Saya berpendapat tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum," katanya memetik BH Online.

Ziela mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al Habshee pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan.

Ziela bersama dua anaknya, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Pada awalnya, saya cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Saya tak mahu mereka merasa seolah-olah saya sudah melupakan bapa mereka.

"Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi," ujarnya.

Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Ziela turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain