suria

“Kalau lakonan macam kayu, kenapa saya dipilih produser?” - Sophia Barakbah tepis tuduhan guna 'cable' untuk jadi pelakon

Sophia sedih dikritik tak pandai berlakon.

PELAKON baharu, Sophia Barakbah mengakui berasa terkilan dengan komen negatif yang mendakwa dia memasuki industri hiburan dengan hanya berbekalkan imej seksi dan rupa paras semata-mata.

Menurut Sophia, 28, jika lakonannya teruk tidak mungkin produser berminat untuk memberi sebarang tawaran, malah kesemua tawaran diterima selepas menghadiri uji bakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur Pelakon 'Kayu', Bukan Kerana Cemburu - Que Haidar

"Saya akui sedih juga bila terima komen negatif yang cakap saya berlakon kayu dan teruk. Ada yang komen muka sahaja cantik, tapi berlakon macam apa.

Sophia mempunyai darah kacukan Melayu, Arab dan Cina.

"Saya terpaksa terima (kritikan negatif) dan saya bukan jenis yang akan balas balik sebab kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.

"Tapi bagi saya, lakonan saya tidaklah terlalu 'kayu' seperti yang mereka cakapkan.

Saya akui sedih juga bila terima komen negatif yang cakap saya berlakon kayu dan teruk.

SOPHIA BARAKBAH

PELAKON

"Kalau lakonan saya teruk dan 'kayu', kenapa saya dipilih produser? Semua drama dan filem yang saya berlakon, semua saya pergi uji bakat dahulu dan hanya selepas itu barulah tawaran itu datang kepada saya.

"Saya memang tak pakai kabel untuk dapatkan job," katanya kepada mStar.

Menyedari bakat sering diperkatakan, Sophia yang pernah membintangi filem Miimaland dan Pasal Kau ini bertekad akan terus berusaha menutup mulut orang dengan membuktikan dia mampu menjadi pelakon yang baik suatu hari nanti.

"Saya pun baharu lagi dalam bidang ini, tak sampai dua tahun. Bagi saya masa untuk baiki kelemahan.

Sophia percaya bakat lakonan boleh diasah.

"Bagi saya, bakat lakonan boleh diasah dan sebab itu kalau ada peluang saya nak sentiasa masuk kelas agar mutu lakonan dapat dipertingkat sekali gus dapat tutup mulut orang di luar sana.

"Saya sebelum ini pernah masuk kelas lakonan Farah Ahmad dan di masa akan datang saya nak cuba masuk kelas ibu Fauziah Nawi pula," katanya.

Terbaharu, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini tampil dengan drama Hadiah Dari Tuhan yang bersiaran di slot Lestary setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di TV3.

Selain Sophia, drama bersiri arahan Fairuz Loy itu turut dibintangi Amy Mastura, Izreen Azminda, Elisya Sandha, Riena Diana, Ashraf Muslim dan Syafi Tee.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain