suria

Mencecah usia 50 tahun, Che Ta kembali jadi duta produk kecantikan wajah - “Saya tak sangka masih diberi kepercayaan”

Che Ta terharu diberi kepercayaan jadi duta produk kecantikan pada usia cecah 50 tahun.

MENGHAMPIRI usia 50 tahun, pelakon Rozita Che Wan berkata dia tidak menyangka dirinya masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 47, mengakui terkejut apabila ditawarkan peluang menjadi jurucakap untuk produk kosmetik, meskipun dunia hiburan kini dipenuhi ramai selebriti muda yang cantik dan jelita.

"Terakhir jadi duta produk lapan tahun lalu... saya tak sangka sebenarnya ada lagi orang beri kepercayaan kepada saya. Alhamdulillah rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya balik nak mandi, tapi tangan tak boleh angkat” - Che Ta kongsi pengalaman jadi perisik

“Sebelum saya terima produk itu, saya akan cuba dahulu bagi memastikan ia benar-benar berkesan. Tak mahulah kita jadi duta tapi tak pakai pun!

“Sebenarnya ada yang tanya fasal usia... tak takut ke nak masuk umur 50 tahun lagi beberapa tahun? Saya kata tak takut sebab memang dah nak cecah angka tu, semua orang akan tua, ” katanya kepada mStar.

Ada yang tanya fasal usia... tak takut ke nak masuk umur 50 tahun? Saya kata tak perlu nak takut sebab memang dah nak cecah angka tu, semua orang akan tua!

ROZITA CHE WAN

PELAKON

Pelakon drama Family Spy ini ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai duta untuk produk kecantikan Mylea di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Che Ta dilantik menjadi duta di bawah jenama kosmetik berkenaan selama satu tahun.

Che Ta hanya keluar rumah untuk bekerja.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini mengakui bimbang dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Justeru itu, Che Ta berkata dia tidak teragak-agak menegur peminat yang mungkin terlupa mengenai penjarakkan sosial ketika bergambar atau bertemu dengannya.

Katanya, setiap orang perlu patuh dan akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi membendung penularan wabak tersebut.

“Walaupun pakai mask tetap nak selfie! Ada yang saya tegur baik-baik... kena jauh-jauh sebab Covid-19 sekarang ni, terpaksa tegur sebab takut mereka lupa! Tak ada la yang sentap mereka pun faham.

“Tengok keadaan sekarang ini takut juga! Ada orang jemput pergi majlis perkahwinan atau apa-apa program saya tak pergi... kalau keluar pun hanya ke tempat kerja sahaja, lepak-lepak tak ada!

“Aaisyah pun dekat rumah sahaja, dia pernah tanya ni cuti sekolah duduk rumah sahajakah? Saya kata tengah pandemik Covid ni tak boleh nak pergi mana-mana, terpaksalah dia duduk saja, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain