STESEN radio Suria FM akan membawakan kempen Playlist Pilihan Selebriti dan Pendengar bermula 11 hingga 22 Januari ini. Untuk permulaan, Suria FM akan memulakan tribute kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-42 tahun pada Isnin ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dua jam setengah dengar 'Suria Cinta'! Suria FM catat 2.9 juta pendengar bagi tahun 2020 Seleksi playlist pilihan Siti akan mula dimainkan dari pukul 8 pagi hingga 10 malam pada sepanjang hari itu. Selain Siti, antara selebriti lain yang akan berkongsi playlist lagu pilihan mereka yang terdiri daripada pelbagai genre berbahasa Melayu, Inggeris, Korea dan Hindi ialah Nabila Razali, Naim Daniel, Misha Omar, Wany Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Aina Abdul, Azzam Sham, Iman Troye, Ara Johari, Andi Bernadee dan Sufian Suhaimi. Playlist Pilhan Selebriti & Pendengar akan dimainkan di Suria FM. Untuk Playlist Pilihan Pendengar, anda hanya perlu berkongsi senarai lagu pilihan di akaun media sosial peribadi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok dengan menggunakan template 'Playlist Pilihan Di Suria' yang boleh didapati daripada media sosial dan laman web Suria Malaysia beserta slogan "Saya memilih playlist ini kerana..." Playlist dan slogan terpilih akan dimainkan di Suria FM bermula 18 hingga 22 Januari, pukul 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Suria FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.3 FM di Lembah Klang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!