suria

Zahirah MacWilson, Aiman timang anak lelaki, teruja lalui pengalaman di bilik bersalin - “Ini hadiah terbaik yang pernah kami terima”

Zahirah selamat melahirkan anak lelaki pada Selasa.

HAMPIR setahun berumah tangga, pasangan selebriti popular Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza kini menimang anak sulung mereka pada petang Selasa lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Zahirah dan Aiman menerusi Instagram mereka pada Jumaat dengan memaklumkan dia sudah selamat melahirkan bayi lelaki dan kini berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza balik Perth, sambut kelahiran anak pertama di kampung halaman - “InsyaAllah kami akan pulang bertiga”

"Ini adalah hadiah terbaik yang pernah kami terima.

"Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak sulung kami, bayi lelaki selamat dilahirkan pada pukul 2.26 petang.



Zahirah bersalin di Perth, Australia.

"Kami sangat teruja melalui pengalaman dalam bilik bersalin sekali gus bergelar ibu dan bapa.

"Perjalanan ini merupakan antara nikmat yang paling bermakna dan kami sangat teruja untuk melalui setiap momen-momen istimewa bersama si kecil, syukur Alhamdulillah," kata pasangan itu.

Kami sangat teruja melalui pengalaman dalam bilik bersalin sekali gus bergelar ibu dan bapa.

AIMAN HAKIM & ZAHIRAH MACWILSON

PELAKON

Aiman dan Zahirah bagaimanapun masih belum mendedahkan nama serta berkongsi gambar penuh putera sulung mereka buat tatapan umum.

Pada 23 Oktober lalu, Zahirah mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya di Perth, bagi melahirkan cahaya mata pertama di sisi ibu dan adik-beradiknya yang menetap di sana.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain