GARA-GARA sering memaparkan video kemesraan dengan adik kandung di aplikasi TikTok, penyanyi yang juga personaliti media sosial, Beayqaa menerima pelbagai komen daripada netizen yang menegurnya mengenai batas pergaulan. Menurut Beayqaa atau nama sebenar Atiqa Affendi, 22, fitnah itu timbul kerana ada yang tidak mengetahui Sheikh Baseer yang juga merupakan bekas peserta program Ceria Megastar itu merupakan adik kandungnya dan bukan teman lelaki seperti sangkaan mereka. “Saya ada hampir 500,000 pengikut di aplikasi TikTok dan selalu buat video menarik, ramai follower yang suka tengok video saya dengan adik tapi ada juga yang salah faham ingat dia boyfriend saya. ARTIKEL BERKAITAN: Siapa hantar sihir kepada Sheikh Baseer? Timbul rasa benci terhadap keluarga - “Saya tak makan apa yang mak masak!” “Sampaikan pernah keluar isu orang kata kami sumbang mahram, ada kenalan beritahu mengenai fitnah ini, jadi saya nak betulkan semula salah sangka mereka itu. Beayqaa buat video tarian bersama adik kandung, Sheikh Baseer. “Mungkin kami nampak mesra, bagi saya itu biasa sebab keluarga kami memang rapat, lagi pula di Kuala Lumpur saya tinggal bersama adik sahaja, jadi kami memang rapat dan banyak berkongsi pendapat dan masalah berdua, netizen yang salah anggap!” katanya kepada mStar. Sementara itu, bekas peserta program Bintang RTM 2018 ini memberitahu setiap kandungan video yang dimuat naik di laman sosial masih menjaga adab sebagai seorang gadis. Kalau buat video merepek itulah selalu netizen tinggal komen... tak sukalah budak TikTok! BEAYQAA PENYANYI/ INFLUENCER Malah, dia sudah lali dengan sebarang bentuk kecaman kerana yakin setiap tindakannya itu adalah betul dan tidak melampaui batas. “Saya memang dikenali menerusi aplikasi itu, justeru itu saya gunakan platform itu untuk hasilkan content positif dan baik-baik sahaja. Kalau buat video merepek itulah selalu netizen tinggal komen... tak sukalah budak TikTok! Beayqaa merupakan anak saudara kepada penerbit, Datuk Ayu Puteh. “Tapi bagi saya sendiri, kalau ada yang nak kecam tidak apa sebab kita buat baik pun tetap kena kritik... jadi saya ikut sahaja apa yang saya rasa tindakan itu betul. “Buat masa ini content saya hasilkan tak ada yang kecam cuma banyak komen fasal keakraban saya dengan adik sahajalah!” ujarnya yang banyak menghasilkan video tarian dan kempen produk. Bercakap mengenai karier nyanyian, Beayqaa yang kini bernaung di bawah pengurusan Pencil Pictures & Records sudah menghasilkan dua lagu pada tahun lalu. Single pertamanya berjudul Cinta Kalut merupakan lagu OST untuk drama Cinta Kalut dan terbaharu lagu Langit Dan Bumi akan menjadi runut bunyi drama Menunggu Sempurna. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!