suria

Tiada penyingkiran di minggu ke-10 Mic On! Yad diserap semula, teruskan perjuangan rebut gelaran juara

Yad diserap semula ke pentas Mic On! untuk beraksi di minggu hadapan.

TUJUH peserta yang bersaing di pentas program realiti nyanyian terbitan Awesome TV, Mic On! menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran pada saingan minggu ke-10 yang bertemakan 'Bebas'.

Bagaimanapun cabaran kali ini lebih mendebarkan apabila juri tetap Datuk M Nasir dan Mas Idayu membuat cabaran secara mengejut dengan meminta pengurus peserta menghantar wakil daripada setiap kumpulan untuk bertanding lagu pertaruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sunio tersingkir minggu kesembilan 'Mic ON!' - “Hentakkan dangdut ada tapi...”

Jiwa (Kumpulan Fad), Erman Braka (Kumpulan Ropie) dan Meerlyn (Kumpulan Shuk) bersama-sama menyanyikan lagu Penasaran (Rhoma Irama) yang telah ditukar cara nyanyian kepada rock.



Juri tetap Datuk M Nasir dan Mas Idayu.

Selain itu, satu lagi kejutan apabila juri secara sebulat suara memilih Yad yang tersingkir pada minggu kelima untuk diserap kembali ke dalam kumpulan Shuk pada konsert minggu hadapan.

Dengan kemasukan semula Yad yang merupakan anak didik pelawak Shuk, kini lapan peserta akan meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran juara Mic ON! musim pertama terbitan Awesome TV.

Selain Yad, mereka yang masih bertahan ialah Qmir, Meerlyn, Azmi, Jiwa, Herman, Ainnur dan Aaron.

Nana Mahazan selaku pengacara Mic On!.

Sepanjang program ini para peserta diberi seorang pengurus untuk membantu daripada segi kreativiti persembahan iaitu Shuk, Ropie dan Fad Bocey.

Program yang dihoskan oleh pengacara Nana Mahazan itu bersiaran pada setiap Jumaat pukul 9 malam di Awesome TV, saluran 112, MyTV.

Siaran ulangan boleh ditonton di laman sesawang rasmi Awesome TV dan penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic ON! melalui kesemua akaun media sosial mereka.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain