suria

Terima teguran netizen, Hannah Delisha padam 800 foto berpakaian seksi di IG - “Dosa tetap mengalir kalau ada lelaki bukan mahram yang tengok”

Imej Hannah memakai tudung menutupi bahagian dada dipuji peminat.

PENAMPILAN pelakon Hannah Delisha yang mula memakai hijab sejak sekitar awal September tahun lalu sentiasa menerima pujian daripada netizen di laman sosial.

Selepas lima bulan mengenakan hijab, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch akhirnya mengambil langkah memadam kira-kira 800 foto memperlihatkan dirinya berpakaian seksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto berhijab dengan kapsyen 'Bismillah', peminat doakan Hannah Delisha istiqamah

Rata-rata peminat di laman sosial meluahkan rasa gembira melihat perubahan pelakon berusia 25 tahun itu kini yang lebih mengutamakan kepentingan menjaga aurat.



Kini hanya tinggal 203 sahaja perkongsian Hannah di Instagram.

Malah, tindakan pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu yang dilihat gemar memakai tudung menutupi bahagian dada turut membuatkan peminatnya jatuh cinta.

Sebelum ini, terdapat netizen yang menegur pelakon kelahiran Singapura itu agar memadam foto-fotonya tidak bertudung yang masih menjadi tontonan umum di media sosial.

"Saya rasa lebih baik sis padam gambar-gambar sis yang tak bertudung. Sebab dosa tetap mengalir kalau ada lelaki bukan mahram yang tengok walaupun sis tengah buat kebaikan. Maafkan saya kalau tersilap kata," kata individu itu.

Dalam pada itu, segelintir netizen meminta individu tersebut memberi Hannah masa untuk melakukannya memandang ia melibatkan kontrak aktres itu dengan pihak lain.



Hannah padam lebih 800 perkongsian di laman Instagram miliknya.

"Bagi Hannah masa... tengok dia dah padam gambar tak sampai 24 jam. Sekarang tinggah lebih 200. Kita fikir positif dia tak padam mungkin ada lagi kontrak. Kan kena saman tak fasal-fasal Hannah. Kesian dia," komen netizen.

Pada September tahun lalu, Hannah akhirnya nekad mengambil keputusan untuk berhijab setelah sekian lama menyimpan keinginan tersebut.

Hannah berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik gambar penampilan terbaharunya berserta kapsyen bertulis Bismillah dan mendapat pujian ramai.

Pengikut di laman sosialnya dan teman artis turut menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain