suria

Seruan untuk ‘kaki makan’! Dimsum Entertainment siar dokumentari papar keunikan tauhu dan cara memasak turun-temurun

Dimsum Entertainment melancarkan saluran berjenama bernama USilk yang menampilkan siri dokumentari berkualiti tinggi.

SEBUT saja tentang tauhu, sudah pasti akan terbayang mengenai pelbagai makanan seperti tauhu sumbat, tauhu begedil dan bermacam-macam jenis juadah lain.

Malah tahukah anda tauhu juga adalah salah satu makanan yang sihat dan sesuai diamalkan untuk mereka yang ingin berdiet. Tapi bagaimana?

Untuk mengetahui lebih lanjut apa kata anda strim rancangan Tofu Legends menerusi saluran USilk di platform Dimsum Entertainment bermula bulan ini.

Tofu Legends adalah siri mini tujuh episod yang memfokuskan kepentingan tauhu dalam masyarakat Cina di negara China.



Antara dokumentari menarik yang disiarkan di saluran USilk.

Menerusinya juga anda boleh melihat perspektif rakyat China yang unik tentang makanan popular ini dan kaedah memasak turun-temurun yang telah menjadikan tauhu sebagai makanan istimewa.

Bagi anda yang tertanya-tanya, USilk merupakan saluran di bawah Dimsum Entertainment yang dilancarkan bersama China Intercontinental Communication Center (CICC).

USilk menampilkan siri dokumentari berkualiti tinggi yang dihasilkan CICC bersama 16 rakan media antarabangsa lain.

Dokumentari ini akan memberikan gambaran yang berharga mengenai budaya negara China, termasuk beberapa kawasan seperti Xinjiang, Guangdong, Jiangnan dan Jalan Sutera.



Saluran USilk mula dilancarkan pada Januari 2021.

Selain dokumentari Tofu Legends, bagi pencinta alam pula, Overwintering mungkin menjadi pilihan anda.

Dokumentari berdurasi satu jam ini bakal membawa anda menelusuri kehidupan burung jenjang berleher hitam yang berasal dari negara China.

Juga bagi mereka yang meminati seni pertukangan dan budaya China, The Great Master Craftsmen III tentunya sesuai.

Berkisar tentang hubungan antara si tukang dan pekerjanya, setiap episod mempersembahkan seni, kemahiran dan falsafah seorang artisan, serta memperlihatkan bagaimana warisan budaya Cina diturunkan daripada generasi ke generasi.



Dokumentari ini memaparkan kandungan yang lebih santai dan menyeronokkan mengenai kehidupan di China.

Nantikan juga beberapa nama besar dalam dokumentari berjudul In China: Mission SOJOUR yang menyaksikan bintang-bintang popular meneroka keramahan, tradisi dan budaya China melalui percutian di rumah tumpangan (homestay) yang diaturkan khas untuk mereka.

Berbeza dengan dokumentari lain, In China: Mission SOJOURNey memberikan perspektif yang lebih santai dan menyeronokkan mengenai kehidupan di China!

Selain itu terdapat pelbagai pilihan kandungan lain untuk penonton terutama barisan dokumentari sempena Tahun Baharu Cina seperti A Bite of Guangdong, Flavours of Xinjiang, Tahun Baharu Cina, dan Tofu Legends: Origins, iaitu prekuel kepada siri Tofu Legends.

Antara yang dipaparkan dalam dokumentari ini ialah mengenai budaya, teknologi, pembangunan ekonomi dan sosial yang akan menjadi sebahagian daripada variasi kandungan menarik untuk penonton.

Jadi tunggu apa lagi? Jom nikmati kandungan berkualiti tinggi USilk secara percuma di Dimsum Entertainment!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

dimsum. tofu legends, usilk, sojour

Artikel Lain